- S A H A B A T -

Khamis, 2 Jun 2011

Proses | Hasutan

Aku tidak pernah salahkan kau. Aku tahu hidup kau teramat payah. Kau tegar miskinnya. Manusia kota yang hidup dipinggiran. Kau berusaha tetapi kau terabai.

Kau masih bersetinggan. Di wilayah yang telah pupus rumah berciri papan dan beratapkan zing. Dikebun tinggalan itulah tempat tinggalmu. Berjirankan taman perumahan mewah. Kepunyaan para pencari harta. Tersungguh gah dan berdiri megah rumah berbatuan keras itu. Bila dilihat dari garis sempadan tanah ini, mereka meninggal dan kau tertinggal. Terlalu jauh langit dan bumi.

Kau miskin juga hina. Istilah apakah itu? Miskin hina. Perlu hina kerana miskinnya dia? Maka celakalah pada orang yang menggelar. Terlupakah hidup ini roller coaster. Namun itulah hakikat.


...Kau terimbas. Jadi, apa yang kau fikirkan lagi? Ambillah beras itu. Beras yang harus kau angkut. Dari lori panjang yang terbalik dihadapanmu. Cepatlah ! sebelum seluruh warga lebuhraya bersesak - sesak datang. Inilah dinamakan rahmat. Mungkin ini jugalah hak mu. Silakan, kautlah beras itu untuk bekalan keluargamu yang lama kelaparan. Salahkah? Aku tidak pernah salahkan kau. Dan aku tidak akan.


...Keadaan menjadi terang. Dia mula tersedar akan kekuatan cahaya. Sebentar tadi dia terhasut dari kata sisi gelapnya. Sekarang, dia mahu berlalu. Biarkan dia dan ahlinya berlapar. Dia mahu terus begitu, dari mengambil hak dari milik orang. Tidak sebutir beras pun digenggam. Tertunduk semua yang hitam. Manusia miskin ini berjaya. Ini jugalah rahmat. Itu juga hakikat.




Notha : ( Kosong )

7 ulasan:

Bella Bell berkata...

ni mesti kes beras tu kan??hehehhe!!~

Pijahh' de-Arr berkata...

rahmat

delarocha berkata...

ambil hasil dari kemalangan.

keberkatan masih diragui.

ghost writer berkata...

semiskin dan sehina dia masih mampu untuk bertahan dari mendapatkan sesuatu yang bukan hak dia.sebutir sudah cukup untuk dihitung di kemudian hari..dia lebih bagus dengan berusaha pada cara yang teredha...

Mehmed - berkata...

Bella : yer betul ha hah!

Pijahh : rahmat bila tak ambil

delarocha : boleh kata haram? kan..

ghost : Kau memang paham. Ahaks!

Bella Bell berkata...

hehe.. esok baru qti... tak tahu lagi bila nak test jpj.. mungkin minggu depan insyaALLAH.. :)

Mehmed - berkata...

berjayalah hendaknya bell :')