- S A H A B A T -

Selasa, 28 Jun 2011

Proses | Bebas

Tuliskan sesuatu pada kertas putih ini. Tulislah! Coretkan kata-kata yang jelas tentang damai dan bebas. Mereka tidak perlukan simpati kamu, hanya mahu kamu bersama dan mendengar cerita tentang udara yang dihirup. Kemarahan yang keluar dari hela nafas. Kesedihan. Yang kadang kencang dan kekadang sumbang. Suara mereka tersekat. Nada tiada gema. Kerana belenggu yang terlalu panjang, berat dan lama, terjerat di bumi sendiri. Tanah itu milik orang, bukan lagi milik tuhan.




Hai anak yahudi yang baru, juga anak-anak Arab Israel. Sudah! lontar dan campaklah botol itu, ke dalam laut yang memisah. Terpisah. Yang didalamnya ada tulisan arab dan hebrew yang kamu luah, dan bangga. Biar masa mengambil alih kerja-kerjamu. Biar anak di tanah yang dijanji itu tahu, kamu juga merindu.




Notha : Mari kongsi rasa, jom anak-anak Malaysia!
             Ya, aku poyo. Ahaks!

14 ulasan:

delarocha berkata...

semoga suatu hari nanti mereka disana tahu apa erti kebebasan

~Kisah Hati~ berkata...

semoga mereka bertemu kedamaian itu... aku berharap...

iniialahaku berkata...

poyo kah???

kebebasan yg dicari bakal mnjelma...

Bella Bell berkata...

mana ada poyo bro.. betul la tu.. jom kita kongsi rasa mereka bersama :)



p/s: mehmed noor.. kan?



^^

cik ciput berkata...

bebas...aku pasti yang ramai anak2 di sana tidak pernah merasa erti bebas yang sebenar...

bebas banyak takrifan..

kasihan..anak malaysia di sini pula, terlalu 'bebas' hingga lahir anak luar nikah..

cik ciput berkata...

22 + 26 - 23 = jawapan sebenar =)

*susahla kau xde shoutbox..

vampire's lovex berkata...

aku dah pening dengan hal tanah nih..sampai kdg2 aku rasa nak bawak budak2 palestin tu datang malaysia,tp takut x muat..tumpang rumah kau boleh..hehe...

semoga saudara seislam kita sentiasa dilindungi .amin...

ENCIK TIKUS berkata...

perghh semangat patriotik aganisme aku membuak-buak..

aku selalu amik kertas kosong lukis muka cikgu yang aku tak suka buruk2..

asuhara sue berkata...

ini bukan poyo med, ini empati namanya. ahaks!

Mehmed - berkata...

delarocha: mari doakan..


KH: aku juga harap.


iniialahaku: mudah2an.


bell: jom kita
: rahsia. Ahaks! betul.


cik ciput: bebaskan disana dan sekat disini. Ahaks!
oh,kau muda lagi kan?


vl: bilik ada satu kosong. hehe! dilindungi. Amin.


encik tikus: semangat sangat tuh. haha!


sue: yeke, baru tau. Ahaks!

hanaahmad berkata...

jika punya kuasa, mahu saja aku bantu bebaskan mereka. hanya mampu mendoakan mereka bisa bebas dan selamat di sana.

ghost writer berkata...

aku tidak mampu kongsi rasa itu..

kerna aku sudah terlalu 'aman' di sini.

nawal addina berkata...

bebas ! bkn sesuatu yg senang :)

Mehmed - berkata...

hanaahmad: mari berdoa lagi. kita belum mampu usaha.


GW: aman yang nyaman.


nawal addina: aku setuju.