- S A H A B A T -

Selasa, 7 Jun 2011

Proses | Khabar

Apa khabar Encik Bakar? Kau masih bertutup mata. Kau berjalan berjaga-jaga. Selangkah dua dan tiga. Mahu kemana? Ya, kau mahu ke sana. Bersolat.

Apa khabar Encik Bakar? Aku pasti kau ceria. Kalori mu banyak binasa. Setiap hari ada sahaja. Kau akan berjalan kesana. Satu kilometer luas radiusnya. Pergi dan pulang. Selepas tengahari dan petang. Kau melepasi empat lampu isyarat. Empat hala ke kiri. Enam simpang ke kanan. Juga lima jalan yang lurus. Proses itu terus menerus.

Apa Khabar Encik Bakar? Aloi itu panjang sedepa. Sedikit ke kiri sekejap ke kanan. Meraba tapi bukan dengan tangan. Kau berlangkah juga begitu. Bertongkat. Kau lebih merasa. Bukan dimata. Tapi di isini, hatinya.


Encik Bakar, aku kagum.




Notha : Cuba bertutup mata seketika. Warna apa yang ada. Lihat hitam? Kelabu? Syukurlah bila engkau terjaga. Ahaks!

15 ulasan:

Bella Bell berkata...

syukur kerana di beri peluang untuk bernafas lagi.. :)

sha berkata...

Siapa Bakar tu?

jom amalkan gaya hidup sihat mcm encik Bakar.. =)

Siti Mashitah Saidin berkata...

hidup lagi.. syukur~

Pijahh' de-Arr berkata...

apa kabar abg..??

HAHA~ *tetiba je

Abang Jonni berkata...

kalau aku tutup mata... cuba jalan... alamat ke longkang jawabnya...


kagum bila tgk org buta....

Siti Mashitah Saidin berkata...

hahaha... komen abg jonny tuh... :P

pemuzik jalanan berkata...

Awesome kan manusia macam encik bakar.
Aku pun turut kagum sama dia.

Bersyukur, benda yg kita selalu lupa nak buat. Aihh.

Sharifah syazee berkata...

alhamdulillah..still diberi umo yg pnjg..;)

Mehmed - berkata...

bell : aku pun syukur


sha : encik bakar seorang pemuzik buta.


SMS : alhamdulillah..


Pijahh : aku sihat,kau?
Ahaks! *tetiba soal balik


Abang jonni : kau ok, kalau aku ke laut terus Ahaks! Kau akan lebih kagum bila tahu dia bermain alat muzik.


Yuha : betul,encik bakar pun selalu buat apa yang aku lupa nak buat heehe


syazee : umur panjang dan...Ahaks!

Abu Huzaifah berkata...

encik bakar..walaupun gelap di mata..tapi cerah di hatinya.. :)

Tanpa Nama berkata...

Abu bakar -lelaki yg punya anak pompuan cantik Humairah namanya..cuba teka siapa suaminya..itu pun jika hati kalian tak buta..biar buta huruf jangan buta hati dan perut mmm..cer jawab..

Parktua berkata...

jawabnya Ahmad. selalu radio dok ulang tukan..

Mehmed - berkata...

Abu Huzaifah : ya, hatinya

TN : cuba juga jangan buta huruf, itu juga baik. Ahaks!

Parktua : Terima kasih tolong jawabkan He heh!

ghost writer berkata...

nikmat buta untuk mereka yang mengalaminya..tidak mampu untuk jelaskan.

Mehmed - berkata...

benar sekali.