- S A H A B A T -

Sabtu, 25 Ogos 2012

Proses | Tampak



 " Kalkatu. Tiada mampu menyapa bulan. Hanya berkalimantang, cahaya. Dianugerah sayap yang tidak memanjang. Kerana bulan bukan selalunya terang. Bukan benderang. Dan itu jelas. "


Jumaat, 1 Jun 2012

Proses | S

Hidup yang bukan hidup.

Mencari nilai baik yang belum mereput didalam sebuah tubuh yang makin pejal dengan dosa-dosa. Cuba mengira pahala. Himpunkan lah segalanya. Abjad yang ditulis menggunakan ranting pada pasir pantai, bisa juga dihitung melalui kalkulator.


Mula bermatematik dengan angka ganjil dan genap. Setelah ditotal, semua jumlah itu harus ditolak dan dibahagi. Kerana tiada rasa kecintaan juga riak. Menunjuk-nunjuk dengan kepahalaan. Tinggallah baki-baki kecil yang sedikitpun tidak membantu timbangan syurga.


Bila ada peluang terhidang untuk meletak dahi pada tenunan gebu hamparan parsi itu, berharaplah sekuat keluli moga lancarlah darah. Agar mampu membawa nafas pada akal dan berharaplah lagi fikiran ini mampu membuat jawapan tepat dan benar...mampukah? Alangkah molek jika kelahiran manusia baru itu dapat dihayati hingga oksigen yang terakhir.

Khamis, 29 Mac 2012

Proses | Resam

JIka kau tahu betapa hati ini berontak, kacau. Berperang mahu bicara berdepan dengan lisan atau ayat-ayat yang keluar melalui jari-jari dengan mu...Tetapi keadaan buat aku terpaksa menolak. Tidak! Tidak!. Berlawan-lawan dengan akal serta prinsip. Sesak.


Sengaja aku menampak kan sedikit ego seorang lelaki. Sebenarnya, terpaksa. Yang selalunya cuma menurut dan lemah, untuk kau belajar sesuatu. Sesuatu tentang huruf, perkataan, juga tona suara bagaimana harus kau guna untuk bicara sama ini manusia.


Kau harus hormat dengan patuh setiap nilai yang kita sama terapkan. Itu perjanjian, dan ini permulaan. Maafkan aku cinta. Semuanya kerana kasih juga sayang, aku meracau.


Tuhan, ini mungkin lebih lagi.











Notha: Sialan, ini bukan aku..............Ahaks!

Rabu, 7 Mac 2012

proses | Q

" Kalau kau sedang hangat, kepanasan. aku mahu kirimkan hujan, agar kau rasa nyaman. Jika kau tercampak di gurun yang kontang, gersang. Mahu aku tempatkan kamu pada garis khatulistiwa dan dipayung awan. Tetapi, bila kau berhadapan dengan aku, maaf. aku tidak dapat berikan apa-apa. Aku hanya ada kata-kata."

Jumaat, 27 Januari 2012

Proses | Pahat

Setiap kali aku hilang rasa kekuatan, secara automatiknya aku lupa apa itu matlamat. Dan bila hari ini aku terjumpa sesuatu disisip helaian kertas-kertas lama, aku mula merasai dan tersedar seperti berada didalam suasana itu. Foto kandid itu juga sebenarnya memberi aku semangat yang dewa, terapung-apung.



Tersenyum, dia juga seakan ketawa. Aku puas melihatnya begitu. Tetapi mahu aku lagi melihatnya. Terusan melebar senyuman dibibir kering, terbawa-bawa dengan senyuman yang kau kuntumkan. Berjangkit sudah. Ahh! keramat foto itu, tahun 85. Semoga aku senantiasa ingat, biar pun secara kemanualan otak kiri. Maaf, kanan. Celaka, aku terlupa yang mana.










Notha : sahabat, tolong ingatkan nanti, supaya aku teringat. itu perlu.

Rabu, 25 Januari 2012

Proses | Orang

Jika segala pengorbanan tidak dibayar dengan harga setimpal, apa kau rasa? Malah harga itu diminimumkan lagi. Ucapan terima kasih juga makin sukar dilafaz oleh orang yang bernafas. Belaian tidak lagi kau rasa. Kesatuan diragut masa entah kemana. Ahh! Kecewa.




Tetapi, kita tidak mahu lagi jiwa bermain lagu hampa bukan. Semangat harus terus menerus, mengepam rentak merdeka. Dengan penuh rasa. Bahagia tanpa kecintaan? Mahu juga kalau itu elok buat survival. Namun, tiket untuk ke syurga perlukan cinta, cinta itu yakin. Jadi bercintalah untuk, alif ba ta.












Notha : Malaiu, mari menyatu...senyum kan? Ahaks!

Ahad, 22 Januari 2012

Proses | Nusa



Anak kecil main api, terbakar hatinya yang sepi, airmata darah bercampur keringat, bumi dipijak milik orang. Nenek moyang kaya raya, tergadai seluruh harta benda, akibat sengketa sesamalah kita, cinta lenyap di arus zaman. Indahnya bumi kita ini, warisan berkurun lamanya, hasil mengalir ke tangan yang lain, peribumi merintih sendiri. Masa depan sungguh kelam, kan lenyap peristiwa semalam, tertutuplah hati terkunci mati, maruah peribadi dah hilang. Kini kita cuma tinggal kuasa, yang akan menentukan bangsa, bersatulah hati bersama berbakti, pulih kembali harga diri. Kita sudah tiada masa, majulah dengan maha perkasa, janganlah terlalai teruskan usaha, Melayu kan gagah di Nusantara, Melayu kan gagah di Nusantara, Melayu kan gagah di Nusantara.



Lirik lagu Warisan.









Notha: Gila, lama tak menulis (senyum). Untuk permulaan,tak boleh ke aku ambil semangat keBANGSAan sikit, tahun pilihanraya. Kadang-kadang perlu juga tahu kita dimana, betul? Macam-macam benda aku asyik fikir bila baca lirik lagu ni,sedih ada. Malu,geram,marah,benci,sayang dalam satu masa. Tolong jangan politik kan kenyataan aku ya. Ahaks! Selamat menempuh hari mendatang dengan semangat naga, Selamat Tahun Baru Cina.