- S A H A B A T -

Rabu, 13 November 2013

Proses | Visi





Ada sesuatu membuat aku rasa gusar. Ia bermain-main ligat dikepala, hati juga diusik-usik. Ayatnya aku ulang-ulangkan., mana yang tertinggal? Sesuatu yang aku sukar fahami, mungkin juga engkau. Ataupun ia hanya sesuatu rahsia, tak terjangkau akal.


Sedikit. Dengan tidak dapat mencari maksud dalam ayat-ayat itu, aku simpulkan bahawa ilmu itu juga ada tingkatannya. Dan mungkin juga ilmu itu akan terus kekal rahsia, sedang ia benar walaupun ia seakan memberatkan juga menjatuhkan rasa. Lambat - lambat aku memahami.


Paling pokok, setiap ayatnya itu ilmu, bekal untuk kita rasa tenang, dekat. Untuk makhluk rasa kecil dengan kebesaran Tuhan nya, agar menjadi insan yang akur dengan suruh-aturNya. 


Taat. tidak perlu disoal dan difikir dalam-dalam. Itu juga tanda seorang hamba yang yakin dengan tuannya walaupun ada ujiannya. Kerana ilmu hamba dan tuhan nya, terandai jauh. Sangat jauh.


Kerana Dia lah yang Maha Mengetahui lagi Maha Memiliki segala yang ada di langit dan di bumi, juga diantara duanya. Dan apa yang terbisik di hatimu.










Notha: Visi aku? tak ingat, aku cepat lupa...Ahaks!

Ahad, 10 November 2013

Proses | Ubah



Salam.


Apa sudah jadi dengan aku? Apa sudah jadi dengan engkau? Dan, apa sudah jadi dengan semua orang?


Kau ada jawapan?


Terima kasih sebab masih mahu ambil tahu, aku tahu kau belum jemu. Tetapi......








Notha: Ubah tu hijrahkan? Ya, aku banyak tanya. Ahaks!

Sabtu, 25 Ogos 2012

Proses | Tampak



 " Kalkatu. Tiada mampu menyapa bulan. Hanya berkalimantang, cahaya. Dianugerah sayap yang tidak memanjang. Kerana bulan bukan selalunya terang. Bukan benderang. Dan itu jelas. "


Jumaat, 1 Jun 2012

Proses | S

Hidup yang bukan hidup.

Mencari nilai baik yang belum mereput didalam sebuah tubuh yang makin pejal dengan dosa-dosa. Cuba mengira pahala. Himpunkan lah segalanya. Abjad yang ditulis menggunakan ranting pada pasir pantai, bisa juga dihitung melalui kalkulator.


Mula bermatematik dengan angka ganjil dan genap. Setelah ditotal, semua jumlah itu harus ditolak dan dibahagi. Kerana tiada rasa kecintaan juga riak. Menunjuk-nunjuk dengan kepahalaan. Tinggallah baki-baki kecil yang sedikitpun tidak membantu timbangan syurga.


Bila ada peluang terhidang untuk meletak dahi pada tenunan gebu hamparan parsi itu, berharaplah sekuat keluli moga lancarlah darah. Agar mampu membawa nafas pada akal dan berharaplah lagi fikiran ini mampu membuat jawapan tepat dan benar...mampukah? Alangkah molek jika kelahiran manusia baru itu dapat dihayati hingga oksigen yang terakhir.