- S A H A B A T -

Selasa, 19 September 2017

Proses | Anonymous

Tari ikut tempo.

Pernah dulu dia lakar dan coretkan tangis-tawa, apa yang dia rasa dan yang dia mahu tuliskan, dalam bahasaku. Yang dia sendiri payah fahamkan aku. Dia, pasti itulah caranya memuntah, membogel rasa akal dan jiwa. Ada juga dia dustakan, mereka kisah-kisah hidup yang dulunya turut berlegar diangkasaraya.

Lihat dari atas atau bawah.

Jika kau memandang, cuba kau selami sifatnya. Bagaimana dia mula berjalan? Langkah-langkah sepi juga wajah kenakalanya, barulah kau tahu mengapa dia terus hidup. Masih menyantuni oksigen yang terhidang. Sedang kau itu tidak lebih hanya bayang-bayang dijerat masa lalu, sedang dia pelupa hitam yang silam. Tapi aku, kadang mahu ia hadir... kadang juga aku mahu merindu.








Notha: Aku cuma mahu kahwin. Tiba-tiba. Ahaks!

2 ulasan:

asuhara berkata...

Semoga Allah makbulkan impian ko nak kawin med . Aminnnnnn

Mehmed - berkata...

Amin. Terima kasih sue. Untuk kau juga, mudah²an..