- S A H A B A T -

Isnin, 23 Mei 2011

Proses | Solat Yahudi

(Petikan daripada wawancara langsung En. Adnan Oktar di Çay TV dan Maraş Aksu TV, 29 Oktober 2009)

PENYAMPAI: Anda juga telah mengaitkan mereka (Yahudi) dengan solat.

ADNAN OKTAR: Saya mempunyai satu video. Biar kita siarkannya di suatu masa. Mereka mengambil wuduk. Mereka memiliki mangkuk khas untuk mengambil wuduk, dibuat khusus untuk tujuan tersebut. Mereka melakukan satu penyucian, mereka membasuh tangan dan muka. Mereka berdiri, rukuk dan sujud. Mereka melaksanakan solat sama sepertimana yang kita tahu. Terdapat dua filem berbeza. Ada beberapa ulama Yahudi dengan janggutnya. Dengan jubah Yahudi mereka... Mereka sedang melakukan solat, dengan rambut mereka di paras ini dan memakai jubah khas mereka. Solat juga wujud dalam Kristianiti. Ia wujud dalam semua agama tauhid. Nabi Ibrahim (as) pernah menunaikan solat. Ramai orang membayangkan bahawa kepercayaan itu amat berlainan. Namun hakikatnya ia tetap sama. Allah Yang Maha Kuasa telah membuat beberapa perbezaan berkenaan hal yang halal dan haram. Kesemua mereka sama. Ia tetap sama di zaman Nabi Ibrahim (as). Ishak, Yaakob, Ismail dan kesemua mereka pernah melaksanakan solat dalam cara serupa. Nabi Yesus (as) juga pernah menunaikan solat. Hanya selepas itu Kristian berhenti mengamalkannya. Tetapi penganut Kristian menunaikan solat di Korea. Ada sesuatu yang kurang diketahui, contohnya mereka di Korea Selatan melakukan solat. Kristian di Ethiopia juga melakukan solat. Majoriti Yahudi melakukan solat. Namun dalam beberapa waktu agama-agama ini telah dirosakkan, maksud saya amalan sebenarnya telah dikurangkan, ianya telah diubah.
Antara Cara-Cara Penganut Yahudi Sembahyang








Ingin Melihat Video (klik Sini)

Notha : Aku terasa malu. Kau rasa apa? Ahaks!

   http://adanaberkat-petuaideadanpandangan.blogspot.com

8 ulasan:

Ceiler Mun berkata...

alaa..tak dapat tengok video..tenet lambat...

asuhara sue berkata...

err..kalau boleh aku bertanya, kenapa kau terasa malu..er..er..

Mehmed - berkata...

Bella : aku pun he heh!

sue : aku malu sebab aku pemalu Ahaks! aku malu kalau aku tak solat sedang yahudi pun solat..salah betullah aku ni..

Mashe berkata...

owh.. tak pernah tgok sebanrnya org yahudi smbayang....cara depa smbayang tak jauh beza la...

nuargto berkata...

Ni First time tengok gelagat orang Yahudi..

Adakah semua orang yahudi begini.. Atau sebahagian sahaja.. Atau dia sahaja???

Entri Terkini Di Blog Saya:
Bagaimana Untuk Mengundi Blog Pilihan Anda??
Tips Blogging: Semak kelajuan “Loading Page” Blog Anda

CikTeddyCorner berkata...

isk..pliknya solat..

fyna ahmad berkata...

erk....macam2 la diorg nih..





jom singgah n follow belog fyna..
http://inibelogfyna.blogspot.com/

zana berkata...

agak extreme plak rasa, sampai solat tertiarap cam tu.. ish3.. berbeza dgn solat kita. berat hati nak cakap cakap solat mereka dgn kita lbh krg sma... islam agama yang mudah. =)