- S A H A B A T -

Ahad, 8 Mei 2011

Proses | Omak


Kehadapan omak yang aku kasihi.



Mak tengah tidur ya, bagus.

Omak, aku tak dapat bagi hadiah beg tangan berjenama Louis Vuitton untuk mak. Aku juga tak dapat belikan seutas rantai mutiara Refflesia. Kasut Jimmy Choo, Ipad, Blackberry, Proton Inspira. Mak tahukan kenapa? Dan aku juga tahu mak tak suka benda-benda dunia macam tu.

Tapi, aku ada beli sedikit barang untuk mak. Sikit saja. Beras Taj Mahal Herba Ponni 5 kilo, ayam organik seekor, biskut Jacobs Low Salt Hi-Fibre sekotak, HI-goat susu kambing, roti Gardenia Wholegrain Fibremeal dengan Gardenia Choco Raisin sebungkus. Dan sepek Maggi Tomyam Beli 5 percuma 1 juga sepeket tembakau Royal perisa Blueberry. Ya, dua benda ini untuk kegunaan aku. Mak tak perlu. Aku kena jaga kesihatan mak. Mak bukan sihat sangat. Bulan julai umur mak dah 71 tahun. Tapi bagi aku mak masih lagi comel. Mesti mak ketawa kan? he hehh.

Aku tak tahu, apa jadi dekat aku bila emak tiada nanti. Siapa hendak siapkan makanan untuk aku. Siapa pula hendak masakkan masak lomak cili api kesukaan aku? Kari ayam, sup ayam, sambal tempoyak, ikan bakar dengan kuah kicap pedas tu.

Dengan siapa aku mahu berlawak? Siapa nak ketuk kan pintu bilik aku? Dengan siapa aku mahu berlawan siaran tv? Siapa nak marahkan dan bebelkan aku? Tangan siapa hendak aku cium? Siapa nak doa dan redhakan hidup aku? Aku nak lebih sayangkan mak, aku nak buat mak gembira.




Mak, selamat hari ibu. I Love You, mak tak paham ya, ok. Aku sayang omak.


Mak, jangan pergi dulu ya, aku nak bayar hutang dan jasa budi mak.




Notha : Dengan pengalaman dari seorang kawan, aku tak mahu sakiti hati dan perasaan omak lagi, dan cuba sehabis mungkin untuk mentaati serta menjaganya. Kalau aku bertulis panjang , takut lari tajuk. Malas buat cerita sedih, nanti jiwa kau jadi lesu dan lumat. Sebenarnya, tak terluah dengan kata-kata  ( seorang manusia lelaki kelakar juga sensitif ) Ahaks!

14 ulasan:

ghost writer berkata...

kau dah cukup besar kan...

jadi sudah tiba masanya kau pulak yang harus jaga omak kau..

adanaberkat berkata...

salam.bagus kau dh mula berubah..pasti satu hari nnti kita rindukan ketukkan bekas pintuaku tu..noi ekau dah cakap kat omak yang sms selepas suboh tu..mak maapkan den yo uhuk uhuk.sayang omak den Assalamualaikaum..

asuhara sue berkata...

manisnya surat ni~

Mehmed - berkata...

ghost : ya, sudah masanya..

adanaberkat : jangan lupa apa-apa ahakss..

sue : surat sempoi untuk emak yang comel he heh

Pijahh' de-Arr berkata...

ohh mak kita sama..lahh~~

heheheee

gatai* hahahahaa~~

cik sakdi berkata...

oh ingtkan belikan mak megi n tembakau bluebry. baru nak cepuk hehe

Mehmed - berkata...

Pijahh : kita adik beradik kan? ahakkss..

Cik sakdi : jangan cepuk, cubit je

Nurul Hamimi Awang Japilan berkata...

sob..sob..sob.. sedih plak baca entry ni. huhu. nk nangsi blh x.huhu.. teringt mak kg kg..

~syue~ berkata...

eheh, mata dahku lembap lah pulak haha ^^

z3yr4 k3ch!k berkata...

comel nye. omak bace tak ni?. ke bacekan kart omak seblom tido?. hehe. sweet sangat . =D

not irene berkata...

doakan la omak ekau tu sejahtera hingga ke syurga.

moga ramai anak yang beriman seperti kamu

Munna berkata...

omak...love u..^^

keep writing, sy suka baca.

Mehmed - berkata...

Pijahh : boleh garu..he heh

cik sakdi : jangan cepuk, cuit je

Nurul : jangan sedih dan jangan lupa mak

syue : nah tisu..

z3yr4 k3ch!k : mak aku baca jawi je Ahaks!

not irene : aku doakan, beriman? aminnn he heh

Munna : aku cuba..

~Cahaya Hati~ berkata...

balas jasa omak ya~