- S A H A B A T -

Rabu, 18 Mei 2011

Proses | Reben Merah

Badan aku makin menyusut. Sebelum ini juga aku sudah mula hilang selera makan. Mungkin juga muak dengan makanan yang terhidang disini. Kalaupun dihidang masakan kegemaran aku, tetap tak merangsang nafsu ini untuk menurut.

Sudah masuk tiga bulan aku disini. Dulu aku tidak begini. Sekeliling amat sayangkan aku. Ramai kawan sepermainan. Bermain, berlari dan berkejaran. Proses biasa untuk mereka yang seusia dengan aku. Rindunya aku dengan saat itu. Tetapi sekarang sudah banyak yang berubah. Kenapa?

Aku mula dibenci. mereka menjauhkan diri. Aku juga tidak paham kenapa perlu perlakukan begitu terhadap aku. AKu cuma mahu berkawan dan bermain. Berbagai gelaran mereka ciptakan untuk aku. Diejek, dimaki, dicemuhnya aku. Terlalu banyak benda berlegar dikepala bila hati ini terasa perit dan terguris. Termenung jauh bila aku memikirkannya. Kenapa mesti aku ?!!

Aku hanya budak dengan sifat keanak-anakan. Kau rasa tidak terlalu beratkah apa yang sedang aku tanggung? Kata-kata kejam yang keluar dari mulut orang yang aku anggap dewasa. Terlalu hinakah aku? aku ini masih lagi manusia. Bukannya sampah yang boleh kau anjing-anjingkan. Aku menangis.

Mama, papa...Apa salahnya aku. Kenapa aku perlu menanggung semuanya. Aku hanya kanak - kanak. Kenapa mama dan papa tinggalkan aku seorang diri. Bawalah aku bersama.

Badan ini makin melemah. Kalau lah kau dapat merasakan apa yang aku rasa, sekurang kau akan faham. Penat, pergerakan ini seakan dikawal. Kenapa dengan aku? Badan ini juga kekadang menukar suhunya tanpa izinnya aku. Aku kesejukan. Menyocok-nyocok ke sendi-sendi ini. Aku perlukan sentuhan kamu. Belailah dan peluklah aku erat, kemas-kemas. Aku terlalu mahukannya.



Aku....ak....ku....uuu..



Akhirnya dia bertutup mata buat selamanya.




Notha : Aids tidak berjangkit melalui sentuhan. Maka sentuh dan belailah dia juga hatinya.

19 ulasan:

asuhara sue berkata...

sungguh global entri2 kau.
aku suka!

cik sakdi berkata...

ish.. kesian kan diorang? dunia ni xade yang adil. yang adil hanya Allah.

FF berkata...

nice....!!!

Dale berkata...

paradigma dorang blom terbuka lagi.

adanaberkat berkata...

ini ada kena mengena dgn orang masih hidup mau pun masih mati ti ti tidur dur ur dur berdengkur kur kur.

Mashe berkata...

kecian...

Mehmed - berkata...

asuhara sue : aku lokal la. aku pun suka blog kau.itu sebab kau ada dalam bloglist aku..Ahaks!

cik sakdi : dunia tak pernah adil

Farah Fazen : kau cool..!!!

Dale : cara bersayang belum berubah.

adanaberkat : abg D terbaek ! Ahaks!

Siti Mashitah Saidin : aku juga..

Notha : aku mau mandi Ahaks!

Hajar Hasan berkata...

err.. teringat cerita JUVANA. ye, hajar tahu, takde kaitan. tp, gaya penyampaian, terimaginasi cerita tu. wee~

psssttt: bro, thanks ya! doakan adikmu ini. penang jauh kot. ngeh ngeh ngeh~ :)

feyza berkata...

reben merah..?

knpa msti reben merah

Unknown berkata...

setiap perbuatan pasti ada balasannya. tidak didunia pasti diakhirat

FawLin berkata...

sungguh syahdu~
saya suka follow blog ini...

Ceiler Mun berkata...

errrrrr... ni kisah benar ke? Ayat ni sebenarnya buat saya blurrr..

Huwaaa.. Kenapa saya ni tersangat lampi kalau orang buat ayat- ayat macam ni. huhuu..

tapi suka baca kisah ni..hehehe..

Mehmed - berkata...

Hajar : aku pun suka Juvana. Abang memang suka doakan adik2nya ahaks!

Pijahh : tanda sokong untuk pesakit aids. Hari Aids sedunia.

not irene : kau cakap betul..

FawLin : aku pun suka kalau kau suka..

Bella : aku pun kadang blur dikk Ahaks! Ini kisah budak yang nazak dengan Aids yang diwariskan orang tuanya.
cerita imaginasi aku.

Notha yang last tu bermaksud : jangan menghina pesakit itu, berilah sokongan dan mendorong supaya dia terus hidup.Lagipun dia kanak-kanak dan dia tak patut mati atas dosa orang lain.

Kalaulah kau dapat rasa apa yang aku rasa...Ahaks!

Hajar Hasan berkata...

errr.. wee~ rileks la bro!

pssstt: nur kasih jom! galaxy ampang sudeyh... :)

Ceiler Mun berkata...

ooo...ok2.. saya dah paham apa yang awak rasa..baca 3x baru paham..maafkan saya yang lampi ni..hehehe..

awak selalu panggil kami semua ni adik..kadang2 selalu tersasul nak taip ABANG.. tapi tak tahu umur awak berapa..takut lagi muda dari saya..haha!!~

alexayussida berkata...

kesian kan dekat pesakit aids..lagi2 anak kecil yg tak berdosa atau wife/hubby yg tak bersalah..kesian jangkit mcm tuh je..

betol..aids tak merebak mlalui sntuhan..jgn hina dorg yg tak bersalah even yg bersalah skalipon support dorg utk bertaubat selagi ade masa:)

Mehmed - berkata...

Hajar : rilek sampai tak tido yaww Ahaks!

Jom, dekat dah dengan umah aku Ahaks!

Bella : takpe, aku pun kekadang tak paham dengan apa yang aku tulis he heh!
selagi korang belum kerja,aku wajib panggil korang Adik Ahaks!<<< gelak trademark..

alexa yussida : benar kata kau sebagai bakal doktor? kita mungkin baik sekarang,esok? belum tentu..

Ceiler Mun berkata...

owhh..kalau macam tu nanti bagi saya duit raya! hahaha!

good morning! saya baru nak p tidur.. hehehe!

ieka.H berkata...

ow..mula2 baca ingtkan cite psal diri kmu..
nice ! :)