- S A H A B A T -

Sabtu, 30 April 2011

Fotosintesis | Proses Encik

Semuanya bermula dari kandungan. Sehinggalah aku dilahirkan, emak seakan tidak mampu menerima hakikat bahawa aku seorang lelaki dan bukannya perempuan sebagaimana yang diidamkannya.

Tak hairanlah, tiap kali pergi membeli baju, emak akan membeli dua pasang baju. Satu lelaki dan satu lagi perempuan. Katanya, yang baju perempuan akan diberikan kepada saudaranya yang mempunyai anak perempuan.

Layanan mak terhadap aku, sama seperti anak perempuan. Aku dipakaikan celak malah dibelikan rantai dan gelang tangan emas. Bukan itu saja, ketika berumur 9 tahun, aku disuruh membantu emak didapur. Menolongnya memasak dan menyediakan sarapan. Tak hairan jugalah kalau disekolah, kawan-kawan aku semuanya perempuan.

Sehinggalah aku tingkatan 4 , perubahan pada diri aku membuatkan ayah yang telah bercerai dengan emak merasa risau. Aku dihantar ke sekolah vokasional berasrama dengan harapan aku akan berubah. Tapi aku sendiri tidak tahan apabila sering diusik kawan2 yang nakal. Akhirnya aku menyewa rumah yang berdekatan dengan sekolah.

Tamat persekolahan tingkatan 5, aku mula bekerja disebuah kilang di Pulau Pinang. Ingatkan boleh berubah tapi disebabkan didalam kilang itu ramai kawan2 yang serupa dengan aku, maka makin menjadi-jadilah sifat " keperempuanan " yang sememangnya telah terdidik sejak dari kecil lagi. Dan jangan terperanjat, aku juga mempunyai teman lelaki yang menjadi kekasih hati.

Kami mula berhubungan malah melakukan hubungan sejenis. Keseronokan dibelai, dilayan, dan dimanja membuatkan aku dibuai kelekaan. Malah nafsu aku terus melonjak2. Namun itu hanya seketika. Lelaki itu telah beristeri lalu aku membawa diri ke Kuala Lumpur dan berpindah pula ke Klang. Aku mencuba nasib di kota besar, namun gagal. Tidak ada pihak yang ingin mengambil aku bekerja. Jalan singkat diambil dan akhirnya aku mengambil keputusan untuk melacur!

Seronok dengan kerja2 yang dilakukan, aku mengambil keputusan untuk mengubah status jantina. Aku melakukan pembedahan pertukaran jantina di Thailand. Dengan kos Rm 6000 untuk pembedahan pertukaran jantina ditambah dengan kos membesarkan buah dada sebanyak Rm 4000, aku mula merasakan nikmat kepuasan yang tidak terhingga dalam hidup aku ! Aktiviti pelacuran semakin ligat.


Sehinggalah pada suatu hari, teman lelaki yang pernah berhubungan dengan aku meninggal dunia akibat tibi. Kala itu, tersirap darah ke seluruh tubuh. Rasa gementar mula menerjah. Soalan Mungkar Nakir dan azab kubur yang selama ini tiada langsung dalam kotak fikiran mula terbayang-bayang. Termangu aku seketika. Perasaan apakah yang telah menyusup masuk di dalam tubuh ini?

Dalam diam aku mula mencari ' cahaya ' yang selama ini aku padamkan demi mengejar nafsu yang bergelora. Aku mula belajar membaca al - Quran, solat dan mendengar Cd agama. Aku mula sedar, aku juga akan mati pada bila sampai waktunya. Cuma satu yang tak dapat aku kembalikan, anugerah " kelakian " aku yang telah hilang !

Aku dalam cerita ini adalah Noni ( dah tentu bukan nama sebenar )

( Sumber : Al - Islam )


Nota Kaki : Semua manusia melakukan kesilapan. Tak kira lelaki atau perempuan. Harus mendorong bila mereka mahu berubah. Beri peluang kedua. Dan mungkin juga peluang ketiga kerana iman manusia memang ada pasang surutnya. kan? ahaks...

12 ulasan:

rasasayang79 berkata...

hai hai hai apabila nafsu menguasai jiwa akhirnya diri yang melara.

baca sekali terus jatuh cinta pada blog ini.

saya pautkan dalam blog top 100 dan follow sekali. mohon buat perkara yang sama jika tidak keberatan pada blog:


http://cikgu-azhar.blogspot.com

p/s: mohon tinggalkan pesanan pada ruangan shout jika sudah dipautkan agar mudah direkodkan.

pemuzik jalanan berkata...

Ceh aku ingat kan kau doe.
Buat cuakk aku je.
Haha. Baru nak bagi kata nasihat.

Tapi betul la, everybody deserve a second chance :)

cikpia berkata...

aku baru nak bagi nasihat ala2 ustazah mashitah kat ko. naseb bek aku baca sampai abes. he he..... semoga noni mendapat hidayah dan terus berubah....

p/s : wei, kita kenal ka.....??? ko sapa ek??

Mehmed - berkata...

cikgu : terima kasih..wat susah je..nanti aku ikut cikgu gak..ahaks

Mehmed - berkata...

pemuzik jalanan : betulkan? kita yang mula2 baik pun belum tentu baik sampai mati..ha hah

cikpia : nasib kau baca sampai abis..weh tak kenal maka tak cinta ahaks..ala aku tukang kebun tempat hang keja la..hehe

Ceiler Mun berkata...

alaaa..ingatkan kisah awak..hahahhaa!!~

saya dulu pon selalu berperangai macam lelaki..tp nasib baik emak dan abah selalu marah saya bila saya bersikap tomboy....heheeh~~

^__^v

Mehmed - berkata...

gilaa kisah aku dikk..taknak aku hilang 'kelakian' tu he heh skang ni mesti kau ala2 gadis bersopan itu kan ahakss..

Hajar Hasan berkata...

errkk ! kisah kau eyk bro. tapi x nak ngaku. kan kan kan! alalalala~ wee~

psssttt: setiap orang layak diberi peluang keampunan. dan kita, harus menerima dengan rela. sebabnya, takde manusia yang sempurna. ;)

Mehmed - berkata...

banyak la kisah aku ahaks..betul la dikk, antara sifat manusia; tidak sempurna keh keh

ghost berkata...

Alhamdulillah.

sempat merasa nikmat taubat.
kita?entah sempat tak sempat.

cik sakdi berkata...

wah pakcik, cara cter macam kongsi kisah hitam diri sendiri, heehhe wat saspen jek. hehe

p/s:gambar tu seksi sangat la. 18SX tau bro

Mehmed - berkata...

tulah pentingnya baca sampai tamat cerita ahakss..

p/s : lelaki itu hanya menampakkan sedikit peha saja. dia bukan perempuan he heh..