- S A H A B A T -

Ahad, 17 April 2011

Fotosintesis | Proses Ubanikan

Rasa sudah makin telanjur usia sekarang. Masih tak kemana-mana. Badan pun dah rasa kebas-kebas bila duduk lama-lama, bongkok pun merangsang sakit pinggang. Dah mereput agaknya saraf-maraf aku ni.

Kalau cerminkan muka, lagi nampak jelas. Kedut kemudut yang melingkar serata wajah. Tapi pipi kanan aku masih berlesung pipit. Masih comel rasanya. Perasan yang bermain perasaan. Pipi kiri aku ada dua garis kebawah. Diwariskan oleh abah untuk aku. Aku kan anak abah.

Rambut dan rerambut yang makin memanjang kadang merimaskan. Bila agaknya nak dikorbankan. Kalau tak digunting kemas, caraskan saja. Alah, bukan selalu. Rasanya mungkin esok sebab aku pernah berniat didalam hati, bila emas yang pertama kali aku beli dari Abang D catat lebih pada harga beli balik dari bank iaitu bila melepasi garis sasar aku, aku akan bergondol rambut. Lebih kurang macam bernazarlah, tapi bukan, sebab takut tak tertunai la yob. Ate.

Dijadikan cerita naiklah harga emas itu . Syiling emas 1/4 oz Australia Nugget naik sikit saja dari sasaran aku. Takpelah, itu pun sudah cukup buat aku teruja dan makin ghairah sampai tak tentu arah. Terhuyung-hayang macam orang mabuk todi. ( Ops hey bukan aku, aku minum Barbican je. Beer arab yang tak memabukkan ). Makin keraplah aku mengikuti turun naik harganya di Kitco. Macam bagus-bagus.

Bila diselak selak rambut ini, ternampaklah sehelai-dua uban yang bersarang dikepala. Ternyata memang makin tua aku ini. Tanda-tanda orang yang hampir dengan dunia yang lagi satu. Ahakkss. Sempatlah juga bermain-main dengan uban ni. Sampai terkhayal. Sambil bersuluh muka di cermin. Mencabar betul permainan uban ni kan tapi seronot ( Istilah untuk seronok masa aku kecil dulu ). Macam memancinglah, perlukan kesabaran tahap mendewa.

Kalau dulu, masa anak-anak buah aku ada, mesti aku akan rekrut mereka untuk berlatih di lapang sasar kepala ini. Carilah sebanyak mungkin. Ada upah ke? Adalah sikit. Dapatlah 20sen untuk sehelai uban yang matang (hahaha ). Dan selepas selesai tugas mereka yang comel ni, kena pula aku bawa ke tempat larangan umi ayah mereka. Mana lagi, kedai runcit al mamak depan rumahlah.

Macam biasa, masa yang aku beri untuk anak buah aku ini bershoping-moping di kedai mamak tu, tiga minit saja. Biar anak-buah buah aku ni belajar menghargai masa dan pantas berfikir. Tak macam aku masa era Zaiton Sameon dulu. Eemmm rindu dengan budak-budak tu. Harap-harap cuti sekolah yang akan datang mereka akan bersama aku di sini. Dan lepas ni kalau anakbuah poksu ni mahu memetik uban diladang poksu, akan diberi upah 50sen untuk sehelai uban. Tak kira dah, uban matang ke separa matang, harga tetap lima kupang.

Ala poksu paham korang terbeban dengan belanjawan yang makin menghimpit, terutama korang duduk di bandar kan? Dengan harga makanan termasuk gula-gula dan chekedis yang makin mahal, belum lagi harga minyak yang mungkin akan naik lepas pilihanraya ni. Ahh !! kok kesitu pula. Yang nyatanya aku ada duit lebih untuk mereka, sebab aku dah makin beruban dan aku akan simpan duit syiling yang terbaki di dalam kocek ini. Hanya untuk makanan tak berkhasiat yang merongakkan gigi dan mengemukkan kegemaran kamu-kamu. Disinilah aku menunjukkan kasih sayang aku ha ha ha.

11 ulasan:

asuhara sue berkata...

nasib baik perempuan disuruh pakai tudung!:)

VFN berkata...

kalerkan je rambut tu! hahaha

Mehmed Nouri berkata...

sue : bernasib baik lah kalau pakai hehehe

VFN : bajet ler...lagi pun uban aku pun blom cukup banyak ha ha

todt.. berkata...

kasih syg pd anak² buah jek? Warisan lesung pipit tuh bila pulak nak dikembangkan...

cikpia berkata...

makanan yang merosakkan itu memang enak!!! he he.....

teringat zaman kecik2 dulu mintak upah cabut uban kat kepala arwah tok.... memang mencabar sebab rambut dia pendek. tapi demi cikedis dan mainan tikam, kugagahkan jua... he he....

Bella Bell berkata...

dah ada anak buah??anak sendiri dah ada ke??hehehe~~

Mehmed Nouri berkata...

todt : lesung pipit itu belum di wariskan..sebab aku blom matang lagi heh

cikpia : haa mainan tikam ehhee aku suka gak main tikam2 masa kecik dulu..

Bella Bell : soalan yang baik hehhe hampir bujang telajak tp aku dah reves balik..maknanye blom..nape? ko ada calon untuk aku ke dik ahakss..

Mommy Fara berkata...

Pokok pangkalnya? Cerita pasal rambutlah nie ya? Banyak sangat liku-likunya....

VFN berkata...

takpun.. pakai je wig :P

Tanpa Nama berkata...

cerita pendek yang bercabang...heheh

Mehmed Nouri berkata...

Mommy Fara : cerita Ubanikan je puan

VFN : sori wig pun aku tak tau ape benda ahaks..

TN : no komen :')