- S A H A B A T -

Selasa, 12 April 2011

Fotosintesis | Proses Chen-tha

Bila cinta ini musnah. Buat Kau jadi gelabah. Tak tentu arah. Ke kiri kah ke kanan kah. Kah kah kah. Gelak Aku dalam-dalam. Tiada siapa pun yang dengar. Bila Kau perasan diri ini bersikap aneh. Malu dengan diri sendiri. Gila itu cinta. atau cinta itu yang gila? Lantaklah sebab Kau sendiri sudah naik gila berfikir.

Cinta Aku pada manusia itu berkecai. Semacam kaca jatuh ke lantai. Jatuh satu mungkin jadi beribu. Muka ini harus menebal. Menjerit hati lelaki itu. Sabar tak berguna. Akhirnya dia bersama yang lain. Layak, dia memang layak bersamanya. Sepasang cinta sempurna. Kau perlu redakan hati dan redha.

Ahh jiwa ini harus kuat. Aku kan lelaki. Cinta sudah adatnya datang dan pergi. Kata Kau memujuk hati. Patutkah Kau terlalu bersedih? atau Aku perlu menangis. Air mata kekadang buat hati tenang kembali. Menangis saja di bilik. Bukan ada yang tahu. Jika Mereka tahu? Biarkan lah. Ini kan proses cinta yang gagal. Kau yang rasa. Mereka tahu apa. Pedulikan Mereka.

Bolehkah Aku ? Boleh apa? Bolehkah Aku terus percaya pada cinta? Percayalah, kau harus selagi Mereka bergelar manusia. Dan Kau juga harus percayakan Aku. Kenapa ? Kerana Kau dan Aku, sama. Oh Aku terlupa. Mungkin Kau sekarang sudah mahu mereng agaknya. Keh keh keh. Dan ketawa begini menunjukkan tahap gilanya Mereka.








Watak - watak diatas ; Otak sebagai Kau dan Hati sebagai Aku, didalam tubuh Mereka. Watak pembantu, aku sebagai Mereka.


 P/s : Kalau tak berapa nak paham, baca lagi dan lagi dan lagi. Kehkehkeh. Gilaaa...

2 ulasan:

kak ziana berkata...

Baca dah dua kali tapi tak paham jugak..Akak yang lembab ke?? He.he. nanti kena concentrate baca lebih.. Salam kenal n follow

Mehmed - berkata...

entah, aku sendiri pun kadang2 tak paham kak ha ha cerita ni pasal otak dah hati berkata2 bila manusia (jasad) ini putus cinta. takpe jangan paham sangat ahaks..tQ kak, aku akan ikut akak bila aku suka hati..hehehe