- S A H A B A T -

Sabtu, 2 April 2011

Fotosintesis | Proses Anak 1

1. Diciptakan seorang insan dari seketul darah yang didalam nya ada tulang temulang dan ditiupkan roh dari ciptaan tuhan Yang Maha Esa. Selama 9 bulan dikandung dan digendong, dengan juga izin dari Nya lahirlah seorang lagi umat manusia ke muka bumi ini. Terlihat kekuasaan Nya menjadikan kejadian dan proses kelahiran itu teramat dan tersungguh hebat.

2. Dipelihara , dibelai dan dimanja, diasuh dan dididik dengan penuh kasih sayang, supaya bila besar nanti menjadi orang yang berbakti kepada orangtuanya. Apabila selesai peringkat pandai berkata , dia disekolah dan diuniversitikan agar menjadi orang yang berguna dan membanggakan keluarga.

3. Di sekolah dia menjadi bualan murid termasuk guru kerana kepandaian. Bersukan menjadikan dia seorang yang popular. kerana kepandaian jugalah dia tamat sekolah rendah dan menengah dengan keputusan yang cemerlang. Berbanggalah kedua ibubapanya mendengar khabar berita gembira. Berkendurilah keluarga itu tanda kesyukuran, Harapan menjadi nyata.

4. Di universiti, " terpintar " gelaran paling tinggi untuk si anak dan dia dihormati oleh rakan dan disayangi pensyarah-pensyarahnya. Gegelung ijazah sarjana mengangkat darjatnya dalam ilmu akademik. Kerjaya pasti mendewakannya. Paling tidak, menjadi pengurus syarikat didalam tangannya. Semua hasil didikan, usaha dan doa orangtua nya sejak dia mula di kandung badan ibunya lagi

5. Di dinding jam 5 pagi. Si ibu bangkit dari lena. Amat perlahan bangunnya. Meraba mencari pelita sedang mata masih berkelip - kelip minta dibuka. Pelita dan badan terus menyusur mencari arah untuk ke dapur, berdapur. Memasak dan membiarkan air kekal panas untuk sang suami berbekal ke kebun sekejap lagi. Kebun getah sekangkang kera miliknya. Hasil faraid atas pemergian bapanya dulu. Aahhh !!! digosok lembut perut yang makin membuncit, perlakuan suaminya. Ahh!!! dia menjerit pendek, kadang menendang-nendang makhluk didalam perutnya. Dia tersenyum dan berasa teruja mahu bergelar ibu.

6. Dilorek - lorek sampai ke bawah, biar susunya jatuh ke dalam bekas getah itu. Tinggal sepokok dua lagi untuk hari ini, pantas dia usahakan pokok yang terbaki. Si bapa tak sabar hendak pulang kerumah. Bergomol dan bermanja dengan buah hatinya. perjalanan berbasikal menjadi rutin suami. Tapi dia mahu lekas, buah hatinya menanti di kamar. Ah, mana boleh tahan. Laju makin laju kayuhan sampai tercunggup. Sampai juga ke terataknya yang seadanya itu. Suami hanya sempat bercuci kaki diluar tadi. Terus menerjah ke kamar impian. Dia dekat pada buah hati, dia mahu membelai dan bermesra. Isteri masih lagi lelapkan mata. Aduhai, buah hati si suami menangis pula. Tak tahan bau badan yang berwangikan getah sekerap agaknya. Teriakan tangis itu mengejutkan isteri. Lalu si isteri berteriak pula pada si suami. Marah kerana takut - takut si buah hati terhidap penyakit bawaan suami nya yang belum mahu bersihkan diri sedari berkebun lagi. Begitu dia menjaga si anak dari tercela. Buah hati itu kesayangan dia juga. Baru beberapa hari dilahirkan. Sungguh gebu dan montok. Comel sekali anak sulung itu. Dia selalu berdoa agar anak ini sihat dan diberkati hidupnya. Ditatangnya bagai minyak yang penuh. Si ibu meramas lembut pipi si anak sambil dikucup dahi anak yang luas.

B  E  R  S  A  M  B  U  N  G . . .

Tiada ulasan: