- S A H A B A T -

Sabtu, 30 April 2011

Fotosintesis | Proses Encik

Semuanya bermula dari kandungan. Sehinggalah aku dilahirkan, emak seakan tidak mampu menerima hakikat bahawa aku seorang lelaki dan bukannya perempuan sebagaimana yang diidamkannya.

Tak hairanlah, tiap kali pergi membeli baju, emak akan membeli dua pasang baju. Satu lelaki dan satu lagi perempuan. Katanya, yang baju perempuan akan diberikan kepada saudaranya yang mempunyai anak perempuan.

Layanan mak terhadap aku, sama seperti anak perempuan. Aku dipakaikan celak malah dibelikan rantai dan gelang tangan emas. Bukan itu saja, ketika berumur 9 tahun, aku disuruh membantu emak didapur. Menolongnya memasak dan menyediakan sarapan. Tak hairan jugalah kalau disekolah, kawan-kawan aku semuanya perempuan.

Sehinggalah aku tingkatan 4 , perubahan pada diri aku membuatkan ayah yang telah bercerai dengan emak merasa risau. Aku dihantar ke sekolah vokasional berasrama dengan harapan aku akan berubah. Tapi aku sendiri tidak tahan apabila sering diusik kawan2 yang nakal. Akhirnya aku menyewa rumah yang berdekatan dengan sekolah.

Tamat persekolahan tingkatan 5, aku mula bekerja disebuah kilang di Pulau Pinang. Ingatkan boleh berubah tapi disebabkan didalam kilang itu ramai kawan2 yang serupa dengan aku, maka makin menjadi-jadilah sifat " keperempuanan " yang sememangnya telah terdidik sejak dari kecil lagi. Dan jangan terperanjat, aku juga mempunyai teman lelaki yang menjadi kekasih hati.

Kami mula berhubungan malah melakukan hubungan sejenis. Keseronokan dibelai, dilayan, dan dimanja membuatkan aku dibuai kelekaan. Malah nafsu aku terus melonjak2. Namun itu hanya seketika. Lelaki itu telah beristeri lalu aku membawa diri ke Kuala Lumpur dan berpindah pula ke Klang. Aku mencuba nasib di kota besar, namun gagal. Tidak ada pihak yang ingin mengambil aku bekerja. Jalan singkat diambil dan akhirnya aku mengambil keputusan untuk melacur!

Seronok dengan kerja2 yang dilakukan, aku mengambil keputusan untuk mengubah status jantina. Aku melakukan pembedahan pertukaran jantina di Thailand. Dengan kos Rm 6000 untuk pembedahan pertukaran jantina ditambah dengan kos membesarkan buah dada sebanyak Rm 4000, aku mula merasakan nikmat kepuasan yang tidak terhingga dalam hidup aku ! Aktiviti pelacuran semakin ligat.


Sehinggalah pada suatu hari, teman lelaki yang pernah berhubungan dengan aku meninggal dunia akibat tibi. Kala itu, tersirap darah ke seluruh tubuh. Rasa gementar mula menerjah. Soalan Mungkar Nakir dan azab kubur yang selama ini tiada langsung dalam kotak fikiran mula terbayang-bayang. Termangu aku seketika. Perasaan apakah yang telah menyusup masuk di dalam tubuh ini?

Dalam diam aku mula mencari ' cahaya ' yang selama ini aku padamkan demi mengejar nafsu yang bergelora. Aku mula belajar membaca al - Quran, solat dan mendengar Cd agama. Aku mula sedar, aku juga akan mati pada bila sampai waktunya. Cuma satu yang tak dapat aku kembalikan, anugerah " kelakian " aku yang telah hilang !

Aku dalam cerita ini adalah Noni ( dah tentu bukan nama sebenar )

( Sumber : Al - Islam )


Nota Kaki : Semua manusia melakukan kesilapan. Tak kira lelaki atau perempuan. Harus mendorong bila mereka mahu berubah. Beri peluang kedua. Dan mungkin juga peluang ketiga kerana iman manusia memang ada pasang surutnya. kan? ahaks...

Rabu, 27 April 2011

Proses | Al - Kupu

Kenyang dan berangin. Santai berduduk di kerusi malas. Aku makin malas. Mengecap nikmat kenyang luar biasa. Sebentar tadi aku, bertambah dan menambah-nambah lauk dan ruji. Aahh ! Kenyang yang songsang. Aku pasti dilaknat.

4 minit dan 17 saat kemudian...

Kenyang dan berangin. Perut ini terkinja-kinja. Angin ini menjolok, meramas dan memulas bersama. Bergelut dengan isi perut. Aku mula berwajah kerut, berkerut. Sudah tidak tahan. Tak perlu perlahan dan bertahan. Melurus aku ke bilik kecil itu. Berlangkah laju sambil berkepit peha.

Dalam kiraan 3... 2... 1... behbruppopprettebbabom !!!

Luahan rasa yang mengagumkan. Ekcelen ( pedulikan kesalahan ejaan aku tu ) Hanya sedang sekali lafaz, perut aku memuntahkan laharnya. Bahaya. Melalui lubang itu (lucah ke? ) Berehat lah aku sambil mencangkung. Ermmm ! penat dengan proses ini. Aku juga penat mahu bercebok.

Air baldi hampir penuh. Walaupun paip itu bercurah perlahan. Eisshh !! terimbas satu lembaga kecil berwarna putih melintang lintas pandangan. Terbang dan beterbangan. Atas dan ke bawah. Wahhh !! kupu-kupu bewarna putih. Aku juga terpesona. Walaupun baru tadi, hati bermain perasan debar bila melihat nya. Takut ada petanda.

Mengapa kupu-kupu itu beterbang sendeng ? Oh mungkin sebelah sayapnya telah rosak terkena air pancutan paip. Mungkin. Aku masih lagi dalam posisi cangkong. Tapi tidak lagi bertarung, perut ini. Bersiap sedia. Tunggu masa saja mahu bangun. Isshh!! si kupu-kupu masih lagi tersasar landasannya. Pedulilah. Aku rimas.

Aku meneka, kau berumur muda si kupu -kupu. Kerana kau bersaiz kecil. Aku sudahpun bersiap. Tapi kau dimana ? Tiba - tiba, aku tersenyum melihat kau telantar. Berkepak - kepak di atas muka air di dalam baldi. Aku menutup air yang keluar dari mulut paip itu, walaupun airnya berskala kecil. Risau kau lemas. Lemas ?

Mana mungkin si kupu boleh lemas di dalam air. Badan kau bersalut bahan unik, dan bahan itu dinamakan sebagai...( entah, aku pun tak pernah tahu ) ciptaan tuhan. Yang boleh bikin kau terapung. Sekarang kau masih terapung, aku terpaksa mengangkatmu di atas telapak tangan. Kau ditiup-tiup. Dengan nafas aku yang hangat.agar sayapmu cepat mengering. Dan selepas itu kau boleh pulang dengan bebas. Kau bintang yang tak bertuan.


Mahukah kau bertuankan aku ! Pasti aku ajar kau si kupu-kupu, cara bagaimana untuk terbang didalam bilik kecil ini.


Kisah Binatang Kecil Dan Bilik X



Notha : Maaf jika tulisan ini agak kotor. Aku tak perasan, aku bertaip secara auto. Mungkin bahana rokok balut berperisa blueberry itu. Aku terkhayal. Ahakss !

Isnin, 25 April 2011

Jiwalogy | Berbuta

Bila suria bersinar,
Bagi aku cukuplah,
Kerana saat kau melihatku,
Kuatnya cahayamu.

Terang malam damai rasa,
Aku insan sengsara,
Menambat hati ini, dukalara,
Cinta ini cintamu suria.

Masa tak kurasa,
Malam bagai tiada,
Menantimu cahaya indah,
Pesona mata lupa dunia.
Oh aku terlupa,
Aku resah bermain rasa,
Cinta ini membuta,
Matahari mengoda meratah jiwa,

Seharus aku biar kau begitu,
Kerana cahayamu bukan untuk aku.

Jumaat, 22 April 2011

Fotosintesis | Proses Biru

Tangan ini berasa gatal. Kata orang, tanda wang mahu bersua. Entah, aku pun tak tahu. Yang aku tahu, aku cuma mahu bertaip. Mahu persembah satu cerita bertajuk Proses Al-Kupu bersama kamu. Berkongsi didalam ruang kecil ini.

Bermula, suisnya dihidupkan. Punat-punatnya ditekan. Sudah...skrinnya bergambar biru. Yes, aku berjaya.

2 minit...4 minit...6 minit...8 minit...10 minit...12 minit ( bersifir 2 )
Ah celaka. Proses berinternet yang tersekat - sekat. Semacam cakera padat tiruan yang bercalar, didalam pemain Dvd berjenama mahal. Bosan yang memenatkan jiwa.

Kenapa jadi begini. Aku merasa down ( jatuh ). Setelah mencuba berulang-ulang kali, hampa. Sabar ini pun sudah pergi. Hanya baran dan geram bergomol didalam hati. Cisss !

Kenapa kau ( jalur lebar ) bersetongkol dengan dia ( satelit Measat ) mahu menjatuhkan aku. Aku bukan siapa -siapa. Aku ditikam dari depan.
Kamu berdua mengkhianati kepercayaan aku selama ini. Jahanam.


Nota : Aku ingatkan manusia Serbia saja yang kejam, rupanya jalur lebar pun begitu.Begitu bodoh aku menafsir. Hah hah...

Ahad, 17 April 2011

Fotosintesis | Proses Ubanikan

Rasa sudah makin telanjur usia sekarang. Masih tak kemana-mana. Badan pun dah rasa kebas-kebas bila duduk lama-lama, bongkok pun merangsang sakit pinggang. Dah mereput agaknya saraf-maraf aku ni.

Kalau cerminkan muka, lagi nampak jelas. Kedut kemudut yang melingkar serata wajah. Tapi pipi kanan aku masih berlesung pipit. Masih comel rasanya. Perasan yang bermain perasaan. Pipi kiri aku ada dua garis kebawah. Diwariskan oleh abah untuk aku. Aku kan anak abah.

Rambut dan rerambut yang makin memanjang kadang merimaskan. Bila agaknya nak dikorbankan. Kalau tak digunting kemas, caraskan saja. Alah, bukan selalu. Rasanya mungkin esok sebab aku pernah berniat didalam hati, bila emas yang pertama kali aku beli dari Abang D catat lebih pada harga beli balik dari bank iaitu bila melepasi garis sasar aku, aku akan bergondol rambut. Lebih kurang macam bernazarlah, tapi bukan, sebab takut tak tertunai la yob. Ate.

Dijadikan cerita naiklah harga emas itu . Syiling emas 1/4 oz Australia Nugget naik sikit saja dari sasaran aku. Takpelah, itu pun sudah cukup buat aku teruja dan makin ghairah sampai tak tentu arah. Terhuyung-hayang macam orang mabuk todi. ( Ops hey bukan aku, aku minum Barbican je. Beer arab yang tak memabukkan ). Makin keraplah aku mengikuti turun naik harganya di Kitco. Macam bagus-bagus.

Bila diselak selak rambut ini, ternampaklah sehelai-dua uban yang bersarang dikepala. Ternyata memang makin tua aku ini. Tanda-tanda orang yang hampir dengan dunia yang lagi satu. Ahakkss. Sempatlah juga bermain-main dengan uban ni. Sampai terkhayal. Sambil bersuluh muka di cermin. Mencabar betul permainan uban ni kan tapi seronot ( Istilah untuk seronok masa aku kecil dulu ). Macam memancinglah, perlukan kesabaran tahap mendewa.

Kalau dulu, masa anak-anak buah aku ada, mesti aku akan rekrut mereka untuk berlatih di lapang sasar kepala ini. Carilah sebanyak mungkin. Ada upah ke? Adalah sikit. Dapatlah 20sen untuk sehelai uban yang matang (hahaha ). Dan selepas selesai tugas mereka yang comel ni, kena pula aku bawa ke tempat larangan umi ayah mereka. Mana lagi, kedai runcit al mamak depan rumahlah.

Macam biasa, masa yang aku beri untuk anak buah aku ini bershoping-moping di kedai mamak tu, tiga minit saja. Biar anak-buah buah aku ni belajar menghargai masa dan pantas berfikir. Tak macam aku masa era Zaiton Sameon dulu. Eemmm rindu dengan budak-budak tu. Harap-harap cuti sekolah yang akan datang mereka akan bersama aku di sini. Dan lepas ni kalau anakbuah poksu ni mahu memetik uban diladang poksu, akan diberi upah 50sen untuk sehelai uban. Tak kira dah, uban matang ke separa matang, harga tetap lima kupang.

Ala poksu paham korang terbeban dengan belanjawan yang makin menghimpit, terutama korang duduk di bandar kan? Dengan harga makanan termasuk gula-gula dan chekedis yang makin mahal, belum lagi harga minyak yang mungkin akan naik lepas pilihanraya ni. Ahh !! kok kesitu pula. Yang nyatanya aku ada duit lebih untuk mereka, sebab aku dah makin beruban dan aku akan simpan duit syiling yang terbaki di dalam kocek ini. Hanya untuk makanan tak berkhasiat yang merongakkan gigi dan mengemukkan kegemaran kamu-kamu. Disinilah aku menunjukkan kasih sayang aku ha ha ha.

Selasa, 12 April 2011

Fotosintesis | Proses Chen-tha

Bila cinta ini musnah. Buat Kau jadi gelabah. Tak tentu arah. Ke kiri kah ke kanan kah. Kah kah kah. Gelak Aku dalam-dalam. Tiada siapa pun yang dengar. Bila Kau perasan diri ini bersikap aneh. Malu dengan diri sendiri. Gila itu cinta. atau cinta itu yang gila? Lantaklah sebab Kau sendiri sudah naik gila berfikir.

Cinta Aku pada manusia itu berkecai. Semacam kaca jatuh ke lantai. Jatuh satu mungkin jadi beribu. Muka ini harus menebal. Menjerit hati lelaki itu. Sabar tak berguna. Akhirnya dia bersama yang lain. Layak, dia memang layak bersamanya. Sepasang cinta sempurna. Kau perlu redakan hati dan redha.

Ahh jiwa ini harus kuat. Aku kan lelaki. Cinta sudah adatnya datang dan pergi. Kata Kau memujuk hati. Patutkah Kau terlalu bersedih? atau Aku perlu menangis. Air mata kekadang buat hati tenang kembali. Menangis saja di bilik. Bukan ada yang tahu. Jika Mereka tahu? Biarkan lah. Ini kan proses cinta yang gagal. Kau yang rasa. Mereka tahu apa. Pedulikan Mereka.

Bolehkah Aku ? Boleh apa? Bolehkah Aku terus percaya pada cinta? Percayalah, kau harus selagi Mereka bergelar manusia. Dan Kau juga harus percayakan Aku. Kenapa ? Kerana Kau dan Aku, sama. Oh Aku terlupa. Mungkin Kau sekarang sudah mahu mereng agaknya. Keh keh keh. Dan ketawa begini menunjukkan tahap gilanya Mereka.








Watak - watak diatas ; Otak sebagai Kau dan Hati sebagai Aku, didalam tubuh Mereka. Watak pembantu, aku sebagai Mereka.


 P/s : Kalau tak berapa nak paham, baca lagi dan lagi dan lagi. Kehkehkeh. Gilaaa...

Khamis, 7 April 2011

Fotosintesis | Proses Politikus

Politik yang Menikus.

: Bila sampai pilihanraya habis digula-gulakan orang-orang kampung. Janji nak buatkan masjid gantikan surau yang dah lama umurnya. Betullah lama surau tu. Surau kayu pula, Dah kopak rabak dindingnya. Boleh skodeng orang perempuan sembahyang. Ishhh ! budak-budak ni. Tiang-tiang nya pun dah tak berapa kukuh, kena makan dek anai-anai. silap-silap hari bulan boleh roboh dan tumbang menyembah bumi. Memang tepat sangat lah kalau dapat dinaik tarafkan surau ni. Dah terlalu uzur dan orang muda kampung tu cakap dah old fashion. Ceett! .

: Bertepuk tampar lah orang-orang Kampung Sinun. Sebab terlalu gumbira mendengar terutama golongan pakcik dan makcik. Berpeluk-pelukan sambil menitis air mata. Terlalu terharu agaknya dengan janji2 orang melayu yang bersongkok itu. Bakal Yb dari parti Kapak Bersilang. Lepas ni seronok lah mereka, senang nak beribadat, tenang dalam kusyuk sebab dapat masjid baru.

: Dalam hati pakcik makcik pun bermain kata " Bila dulu orang tanya nak sembahyang mana? jawab, surau lah. Lepas ni bila orang tanya lagi soalan tu, jawab, pergi masjid besar lah. Ihik ihik ihik " Ketawa mereka juga didalam hati. Gembira tak terkata. Nur yang baik terpancar diwajah mereka. Bersungguh-sungguh mengharap. Dulu bersurau sekarang bermasjid pula.

: Kata orang parti cap Kapak Bersilang tu lagi, cadang nak tambah penghawa dingin pula. " Sejuk la pakcik makcik bila sembahyang masa waktu zohor nanti. Tak pernah rasa sembahyang berhawa dingin kan? Bertambah kusyuk lagi agaknya.( Yela cuaca di Kampung Sinun ini panas selalu, purata 36 darjah selsius dan hujan nya bila musim tengkujuh je ). Dah alang-alang buat masjid baru, saya akan pasang sekali dengan pembesar suara yang besar lagi canggih, tak payah pakcik dan makcik paksa ayam-ayam dekat rumah berkokok bangunkan subuh. Pecatlah ayam itu. Bagi dia jawatan lain. Lepas dah ada aircond itu, tambah skrin layar. Terbaek. Mudahlah pakcik pakcik tengok imam di skrin besar bila saf terkebelakang masa khutbah jumaat nanti "( Aahh buat lawak rupanya. Lawak belia yang menyakitkan hati ).Bersungguh-sungguh lelaki bersongkok tadi beri cadangan tambahan.

" Saya akan pasang.. " menyampah aku dengar perkataan " saya " tu. Macam dia seorang saja yang boleh. Macam dia hebat sangat. Gunalah ganti nama kami atau kita ke, barulah sedap didengar. " Kami akan pasang.." Baru lah ayatnya nampak kuat bila ada " Kami " tu, kukuh je. Haa kan sedap tu kannn !! Lagi satu, buat lawak tipikal yang menyakitkan hati pula tu. Geram betul aku. ( Walaupun cerita diatas adalah hanya rekaan semata-mata )



: Hari ini, Sarawak dah mula kempen gula-gulanya untuk pilihanraya negeri. Sekali lagi manusia di kampung-kampung digula-gulakan. Berdarah manis lah orang sana nanti. Bermacam projek lah akan berlaku dan dibawa masuk. Berbagai janji manis ditabur dan bertaburan. Dan bertambahlah harapan manusia-manusia Sarawak untuk terus membangun dan berjaya.

: Bagi aku, parti apa pun sama bergula-gula. Kalau tak, siapa nak sokong mereka. Cuma bezanya, gula-gula apa. Mungkin yang parti A pakai gula Hacks, parti B umpan gula Mentos, parti C tabur gula Pasir, ikut kesesuaian agenda parti masing-masing.

Isnin, 4 April 2011

Fotosintesis | Proses Vokal




Presiden Persatuan Ulama Antarabangsa, Dr. Yusuf Al-Qardhawi telah mengeluarkan fatwa yang membolehkan perempuan menyanyi khususnya untuk tujuan keagamaan seperti mempromosikan nilai-nilai Islam dan ajaran Nabi Muhammad saw.

Katanya, tidak ada halangan terhadap perempuan untuk menyanyi dengan syarat nyanyian itu tidak melanggar hukum syarak. Nyanyian itu tidak disertai dengan perlakuan yang tidak senonoh seperti menari, bercampur antara lelaki dan perempuan, dan senikata lagunya tidak memuja perkara yang haram di dalam Islam seperti arak.

Dr. Qardhawi juga menyarankan perempuan yang menyanyi harus mementingkan nilai-nilai Islam dan tidak boleh bercampur dengan hal-hal yang tidak senonoh. Perkara tidak senonoh yang dimaksudkan oleh beliau adalah kata-kata yang boleh merangsang nafsu lelaki, menyesatkan dan memuja arak.

Beliau juga merujuk perkara yang tidak senonoh adalah seperti yang pernah dilakukan oleh seorang penyair arab terkenal, Abu Nuwas, yang sering berpuisi tentang cintanya yang disimbolkan sebagai anggur dan hasrat seksual bagi lelaki yang boleh menyesatkan pemuda.

Begitu juga dalam puisi Ahmad Syawqi iaitu penyair terkenal Mesir yang memasukkan perkataan merayakan akhir ramadhan dengan seteguk arak. Menurut Al-Qardhawi , perkataan seperti itu juga di anggap sebagai perkara tidak senonoh yang di larang didalam nyanyian.

Bagaimana dengan nyanyian yang baik. Beliau memberi contoh menyanyi yang baik adalah seperti yang dilakukan oleh penyanyi wanita Mesir, Fayiza Ahamd. Lagu-lagu yang dinyanyikannya banyak memberikan nilai yang baik dan didedikasikan kepada ibu.

Beberapa ulama lain sepakat dengan pendapat yang dikemukakan oleh Dr. Qardhawi, bahawa perempuan hanya boleh menyanyi dalam keadaan-keadaan tertentu untuk mengelakkan dan menghindari terbangkitnya nafsu orang yang mendengarnya.

Dr. Ibrahim Salah al-Din al-Houdhud, ulama Al-Azhar juga sepakat dengan Al-Qardhawi. Katanya ulama telah membenarkan perempuan menyanyi, namun dengan beberapa syarat iaitu kata-kata nyayiannya tidak menarik atau melanggar nilai-nilai agama, menyanyi tidak seharusnya terjadi ketika ada tarian dan arak serta tidak boleh ada kamera video untuk merakamkannya.

Manakala pendapat yang lain yang juga datang dari Al-Azhar, mengatakan perempuan harus menyanyi dalam lingkungan kaum sejenisnya dan tidak boleh bercampur dengan lelaki lain. Pendapatnya lagi, suara perempuan bukanlah aurat atau sesuatu yang boleh membangkitkan nafsu. Perempuan boleh bercampur dengan lelaki hanya di dalam urusan menuntut ilmu atau pendidikan.

Dr. Adil Abd. Al-Syakour, pensyarah bahasa arab dan syariah dari Jabatan Awqaf Mesir mengatakan, pendapat ulama mengenai perempuan menyanyi mempunyai berbagai-bagai pendapat yang berbeza. Katanya, ada kelompok ulama yang berpandangan konservatif dan keras mencipta persepsi bahawa suara perempuan adalah aurat. Namun begitu ada bukti yang mengatakan bahawa perempuan juga bebas untuk berbual dan bertanya serta berbincang dengan nabi mengenai hal-hal yang bersangkut paut dengan kehidupan harian.

Malah semasa zaman Rasulullah juga pernah berlaku seorang penyanyi wanita menyanyi di rumah nabi. Pada masa itu nabi pun turut mendengar nyanyian penyanyi itu dan tidak pula melarangnya. Namun apabila Umar datang menegur penyanyi wanita itu supaya menghentikan nyanyiannya, nabi meminta penyanyi itu meneruskannya. Larangan itu tidak pernah datang dari nabi.

Beberapa ulama yang tidak sependapat dengan Dr. Al-Qardhawi telah mengkritiknya, mereka mengatakan sebagai peraturan umum, menyanyi adalah dilarang dan tidak hanya untuk wanita tetapi juga untuk lelaki. Pendapat itu dikutip dari pandangan yang mengatakan bahawa pengaruh muzik terhadap emosi dan potensinya cenderung mengarah pada perbuatan dosa.

Namun pendapat itu dibidas oleh Dr. Abd al-Fatah Idris, ulama dari Universiti Al-Azhar Mesir mengatakan, pada umumnya menyanyi untuk perempuan adalah dilarang tetapi tidak ada bukti yang menunjukkan wanita itu tidak boleh membiarkan lelaki mendengar suara mereka sambil menyanyi. Namun Idris juga mengakui bahawa era nabi ada riwayat yang mengatakan seorang wanita bernama Zainab menyanyi untuk wanita lain di dalam majlis pernikahan.

( Sumber : Al Islam )

Sabtu, 2 April 2011

Fotosintesis | Proses Anak 1

1. Diciptakan seorang insan dari seketul darah yang didalam nya ada tulang temulang dan ditiupkan roh dari ciptaan tuhan Yang Maha Esa. Selama 9 bulan dikandung dan digendong, dengan juga izin dari Nya lahirlah seorang lagi umat manusia ke muka bumi ini. Terlihat kekuasaan Nya menjadikan kejadian dan proses kelahiran itu teramat dan tersungguh hebat.

2. Dipelihara , dibelai dan dimanja, diasuh dan dididik dengan penuh kasih sayang, supaya bila besar nanti menjadi orang yang berbakti kepada orangtuanya. Apabila selesai peringkat pandai berkata , dia disekolah dan diuniversitikan agar menjadi orang yang berguna dan membanggakan keluarga.

3. Di sekolah dia menjadi bualan murid termasuk guru kerana kepandaian. Bersukan menjadikan dia seorang yang popular. kerana kepandaian jugalah dia tamat sekolah rendah dan menengah dengan keputusan yang cemerlang. Berbanggalah kedua ibubapanya mendengar khabar berita gembira. Berkendurilah keluarga itu tanda kesyukuran, Harapan menjadi nyata.

4. Di universiti, " terpintar " gelaran paling tinggi untuk si anak dan dia dihormati oleh rakan dan disayangi pensyarah-pensyarahnya. Gegelung ijazah sarjana mengangkat darjatnya dalam ilmu akademik. Kerjaya pasti mendewakannya. Paling tidak, menjadi pengurus syarikat didalam tangannya. Semua hasil didikan, usaha dan doa orangtua nya sejak dia mula di kandung badan ibunya lagi

5. Di dinding jam 5 pagi. Si ibu bangkit dari lena. Amat perlahan bangunnya. Meraba mencari pelita sedang mata masih berkelip - kelip minta dibuka. Pelita dan badan terus menyusur mencari arah untuk ke dapur, berdapur. Memasak dan membiarkan air kekal panas untuk sang suami berbekal ke kebun sekejap lagi. Kebun getah sekangkang kera miliknya. Hasil faraid atas pemergian bapanya dulu. Aahhh !!! digosok lembut perut yang makin membuncit, perlakuan suaminya. Ahh!!! dia menjerit pendek, kadang menendang-nendang makhluk didalam perutnya. Dia tersenyum dan berasa teruja mahu bergelar ibu.

6. Dilorek - lorek sampai ke bawah, biar susunya jatuh ke dalam bekas getah itu. Tinggal sepokok dua lagi untuk hari ini, pantas dia usahakan pokok yang terbaki. Si bapa tak sabar hendak pulang kerumah. Bergomol dan bermanja dengan buah hatinya. perjalanan berbasikal menjadi rutin suami. Tapi dia mahu lekas, buah hatinya menanti di kamar. Ah, mana boleh tahan. Laju makin laju kayuhan sampai tercunggup. Sampai juga ke terataknya yang seadanya itu. Suami hanya sempat bercuci kaki diluar tadi. Terus menerjah ke kamar impian. Dia dekat pada buah hati, dia mahu membelai dan bermesra. Isteri masih lagi lelapkan mata. Aduhai, buah hati si suami menangis pula. Tak tahan bau badan yang berwangikan getah sekerap agaknya. Teriakan tangis itu mengejutkan isteri. Lalu si isteri berteriak pula pada si suami. Marah kerana takut - takut si buah hati terhidap penyakit bawaan suami nya yang belum mahu bersihkan diri sedari berkebun lagi. Begitu dia menjaga si anak dari tercela. Buah hati itu kesayangan dia juga. Baru beberapa hari dilahirkan. Sungguh gebu dan montok. Comel sekali anak sulung itu. Dia selalu berdoa agar anak ini sihat dan diberkati hidupnya. Ditatangnya bagai minyak yang penuh. Si ibu meramas lembut pipi si anak sambil dikucup dahi anak yang luas.

B  E  R  S  A  M  B  U  N  G . . .

Jiwalogy | Lahir Dan Buang

Kau yang terbuang disini,           
Masih berdenyut nadi,
Sewaktu kelam sepi,
Tiada siapa yang sudi.

Kau dilahirkan begini.
Bukannya untuk mati,
Mereka puas mereka,
Sudah lupakan dosa.

Kau dicampak saja,
Mereka pergi kini lena,
Aku yang masih terjaga,
Syukur nyawaku berjiwa.

Kau masih disitu,
Cuba damaikan jiwaku,
Kau lenyap didodoiku,
Entah lena entah mengadu.


Fikirku makin celaru,
Manakan terbawa takdirmu,

Sayang, kau dipaksa pergi,
Tuhan menjemput kau kembali,
Dan hanya Dia mampu kasihi,
Dari mereka yang mati hati.


SIAL MANUSIA PADA SIFAT. KERANA BERSIFAT BINATANG JAHANAM
MEMBUANG BAYI IAITU ANAK YANG PERNAH DIKANDUNGNYA. AKU DENGAN BERAT HATI GOLONGKAN  MEREKA  DALAM GOLONGAN " MANUSIA BERBABI " KERANA PERLAKUAN ITU.                                                                                    = ANTI MANUSIA BERBABI =

Jumaat, 1 April 2011

Jiwalogy | Agong



   Ini zaman kehancuran,
   Gemilang dulu telah dikapan,
   Kerana alpa dan terlena,
   Dibuai mimpi terpesona.


   Mana khalifah yang amanah,
   Yang dulu cemerlang memerintah,
   Dulu bercahaya terang jalannya,
   Kini pudar semua segala.

   Mereka lengkap bersenjata,
   Mereka disana bersiap sedia,
   Dan dimana kita berada,
   Algojo hanya menunggu masa.

   Siapkan bala tenteramu,
   Juga rahmat itu perlu,
   Rapatkan barisan berpadu,
   Kembalikan sejarah ibu.

   Mari pulang gemilang lalu,
   Tegakkan panji yang baru,
   Bintangkan bersinar selalu,
   Berbilang-bilang beribu.



   U.m.m.a.t.i !!! U.m.m.a.t.i !!! U.m.m.a.t.i !!!