- S A H A B A T -

Selasa, 25 Oktober 2011

Proses | Gasak


Dia mahu berjalan dalam suasana itu. Keadaan yang amat perit dan menyakitkan. Dia harus melaluinya kerana permulaan bermula dengan perbuatan dosa-dosanya yang menjijikkan. Kebinatangan, durjana, khianat, kejam, kecabulan hak manusia kasta rendah.



Kesan lebam, calar, luka, kesan tembakan tepat pada dada kiri buat dia terduduk dan terus terbaring sambil gambar slideshow berulang tayang didepan mata. Kisah dosa-dosa silam yang tidak mungkin terulang. Dia nazak. Udara tidak lagi mahu melalui rongga besarnya. Oksigen sudah diganti dengan darah yang keluar masuk meninggalkan tempat diamnya.



Dia mahu menebus segala dosa yang terbeban diketul hati. Dia tidak bacul untuk mati. Untuk kali ini. Dia tersenyum, dan roh itu keluar dengan cara sangat licin sekali. Pergi dengan rasa hormat dan tanggungjawab. Mati, dan itu penamat sebuah era.










Notha : Ini hanya kisah didalam tv kecil. Ahaks!

12 ulasan:

fynahere berkata...

bahasa sastera ni =P

ghost berkata...

berjuang sebelum mati memahalkan kematian.

feyza berkata...

mati.?

ending ta best

ewanthology berkata...

mati penamat segalanya.

Mehmed - berkata...

fyna: tak sangat ni =P


gw: dia perlu mati untuk menamat segala dosa-dosa.


Pijah: tak best sangat eh? Ahaks!


iwan: sebelum dibangkit semula.

Admin berkata...

muammar gaddafi dalam kenangan....

adanaberkat berkata...

nak ke syurga kita wajib mati.bukan kisah rejim libya ?!-sahaja.ini kisah kita semuakan...

Mehmed - berkata...

HasrulHassan: selamat bersemadi.


Abang D: kisah kita semua.

aamalinaazman berkata...

peritnya meninggalkan dunia dengan noda yang belum suci ~

pergilah
pergi menemui yang lebih Sejati..

Keri berkata...

mati bukan penamat, cuma permulaan baru di alam baru, yg tiada penamatnya.

Mehmed - berkata...

aimie amalina: dia sudah pun pergi.kita yang tinggal jangan cuba ikuti.


keri ikhwan: alam baru itu mungkin disyurga atau tempat yang paling jahanam.

Nazz@Purple berkata...

manusia mati meninggalkan nama