- S A H A B A T -

Khamis, 6 Oktober 2011

Proses | Fana

Syahadah. Dan akibat satu kali sujud,menyembah. Kau dimaki, dicarut, dihalau, dibiar, diancam bunuh dan terbunuh. Oleh mereka yang tidak dapat menerima perubahan peganganmu. Kejam, tetapi mereka itu siapa?


Dengan jalan yang telah kau pilih, kau seharusnya dibela, dikasih, dididik, dipayung dan dibelai jiwamu agar kau lebih dekat dan terasa dekat dengan sang pemberi cinta. Oleh saudara seanut denganmu. Tetapi malangnya kau sudah rasa jemu dengan pengabaian.


Ya, kami lebih kejam kerana bukan siapa-siapa disisimu. Tidak cuba membantu. Kami lebih celaka dari mereka yang menyembah api dan matahari.


Maafkan aku saudara, aku terlupa. Kau harus dibahu. Aku juga fana. Maafkan lah...










Notha: Kita manusia lemah. Tetapi jangan pernah cuba melemahkan manusia lain. Betul ke aku ni? Ahaks!

17 ulasan:

delarocha berkata...

perlu ada organisasi membela si muallaf

Bella Bell berkata...

emmmm.. kena asah minda setiap kali datang ke blog bro mehmed dan bro ghost.. hehehe..


emmmm.. saya akan cuba untuk membimbing mereka yang patut di bimbing.. insyaAllah :)

cik ciput berkata...

selagi termampu, akanku cuba!

ghost writer berkata...

menjadi lemah pun satu ujian.

HAJAR hasan berkata...

lemah tak semestinya tidak kuat. (:

p/s: bro! aku sihat. Alhamdulillah. final is just around the corner. doakan aku tau!

Mehmed - berkata...

delarocha: perkim,kalau tak silap..


Bell: aku pun insyaAllah :)


cik ciput: kuatkan kemampuan kita dulu.


gw: ujian sebelum menjadi kuat?


HAJAR hasan: kuat pun ada kelemahan..Ahaks!

*semoga kau sukses cam bell dik (:

cik sakdi berkata...

selalu kene kondem sbb kite lemah kan. adeh tension den hehe

pemuzik jalanan berkata...

Kan! Tulah kita nih. Sesama lemah. Cane? Mari kuat kan diri. Baru boleh hulurkan tangan kan.

fyna berkata...

wah..terpana seketika membaca..cewah

vampire's lovex berkata...

mereka underground.. patut nye dorg ni yg dapat bantuan lebih,bukan artis artis yg xde sumbangan pape..==

Miscellaneous Smiles berkata...

abang lama tak jumpaa =D

Mehmed - berkata...

aku kurang masa la dik kat sini hehehe..

Mehmed - berkata...

cik sakdi: jangan tension sgt,nanti darah tinggi.sabar..Ahaks!


Yuha: hhmmm kena isi banyak-banyak ek..


fyna: ewahh! Ahaks!


vl: aku pun silap..heheh!

Miscellaneous Smiles berkata...

yela tuu skrg dah kurang masa..

tape kita adeq brdeq..sbnrnya mmg kurg masa =(

Mehmed - berkata...

kau sibuk kan skg pijah?sedih ke? Ahaks!

aimie amalina berkata...

hidup tidak akan pernah seorang

walau berliku..bijaklah memilih yang membawa diri menjadi pencinta yg Satu..~

keri ikhwan berkata...

mereka saudara kita.tapi dipandang sepi. kata kita mahu membela. tapi semua entah ke mana. kita pandai pengajak mereka menganut agama kita, tp tiada proses tarbiyah yg istiqamah memandu hala tuju mereka. akhirnya?mereka terkapai sendirian.