- S A H A B A T -

Rabu, 21 Disember 2011

Proses | Milik

Didalam senario dunia yang makin lemah ini, mendapat damai itu seperti diturunkan rahmat tepat pada ubun-ubun kepala. Terlalu payah untuk merasa dan diberi perasaan itu. Semacam memiliki anugerah dari tuhan untuk insan terpilih. Mungkin aku juga yang berlebih-lebih mencuba. Mungkin, hadirnya bila kau mula serahkan seluruh urusan dunia ini kepada sebaik-baik penjaga urusan. Percaya, akan datang satu bentuk damai yang kau sendiri tidak mampu untuk kategorikan.


Berserah pada tuhan tentang hidup, ikatan, ajal maut. Yang pasti ia sesuatu perasaan yang amat menyenangkan. Tenang kau rasa, damai asyik. Kau akan tersenyum sambil terpejam mata bila rasa itu tiba dan mula menyentuh sanubarimu. Masih tenang walaupun kekasih menampakkan wajah sebenar. Tenang saja bila orangtua mu itu selalu tidak setuju. Sahabat tidak membantu saat kau benar-benar perlu, kau masih tetap juga rasa itu ringan dan menyenangkan.


Berbaik sangka dengan perkara yang telah ditetapkan padamu, kalaupun itu tidak nampak elok untuk perjalanan hidup. Menerima dengan lapang dada, positif mindanya untuk memikir kejamnya takdir, terlindung hati bicara tentang ketidakadilan tuhan, kau akan bersangka baik pada pencipta akal dan hatimu. Dia lebih tahu mana yang patut dan yang lebih baik untuk kelicinan hidup insan. Berserah bukan bermakna kau malas dan putus asa dengan dunia.


Merasanya, cukuplah walau sekejap. Ia terlalu hebat walaupun bersaat enam puluh masa begitu. Kerana bagi aku, bahagianya cukup untuk bekalan hadapan.










Notha: Aku rindu bagaimana rasanya bila perasaan tidak menekan jasad. Entah. Tapi aku bernasib baik sebab anak-anak buah aku bercuti disini. Ahaks!

12 ulasan:

delarocha berkata...

redha dgn ketentuan, disaat rasa celaru bermain difikiran akan tiba jua rasa damai menjengah nanti.

hanaahmad berkata...

sekarang aku rasa, akulah orang yang paling berserah. kosong sangat aku rasa.

keri ikhwan berkata...

pasrah,redha,tawakal.. perlukan keyakinan dan kepercayaan yg kuat.
berserah, harus ada usaha yg mengiringi... ada iman yg mntap untuk menaungi

xynophillious berkata...

"Berserah bukan bermakna kau malas dan putus asa dengan dunia"..

tapi ini pilihan aku paling akhir dalam senarai..

janggout berkata...

kt sini aku boleh bergelak ketawa.. ahaks

adanaberkat berkata...

Salam..ahad ni anak abg apar kawin ..sok aku jemput ko sekali..makan lauk ayam sedap haha

cik ciput berkata...

kadang-kadang kan med, bila aku serahkan total seratus peratus urusan hidupku pada Tuhan, aku jadi ralit...aku jadi lupa...aku lupa yang kalau kita nakkan sesuatu, kita kena berusaha untuk itu...bukan hanya berharap agar Tuhan katakan 'kun fayakun', dan apa yang kita harapkan akan terus terjadi..lalu bila aku sedar, baru aku rasa semula betapa peritnya hidup, seandainya kita tidak pandai bersyukur dan menghargai...

asuhara sue berkata...

aku fikir kerana berusaha, berserah dan berfikiran positiflah antara penyebab student aku fikir aku masih 20-an!hehehehe

محمد رازيق berkata...

med, usaha, doa dan tawakal. percaya juga pada takdir. inshaallah

todt.. berkata...

berserah bukan bermakna kau malas berserah bukan juga bermakna kalah tapi kalau berserah dan hanya menadah tanpa berusaha untuk berubah... errr ada mata pejam ada mulut diam ada telinga tadah!

Nurarnida Sabrina berkata...

Untuk certain circumstances, aku seperti berserah sepnuhnya.

Mehmed - berkata...

"Mungkin aku juga yang berlebih-lebih mencuba" yang menggerakkan semua,tuhan..terima kasih untuk semua..Ahaks! nak gelak juga..