- S A H A B A T -

Isnin, 21 Mac 2011

Jiwalogy | Saleyma Abdogan

Saleyma Abdogan
Suatu pagi terindah,
Tertulis satu madah,
Tentang hubungan kita,
cintanya seorang hamba.

Wajahnya yang berseri,
Riangkan hati sepi,
Senyumnya bak suria,
Hilangkan rasa duka.

Kau banyak mengajar diri,
Agar dapatku berdiri,
Biarkan aku fahami,
Maksud cinta hakiki.

Dia jua penunjuk jalan,
Bimbingku mengenal tuhan,
Yang selama ku disini,
Masih kurang aku amati.

Kau yang aku kasihi,
Kau yang beri erti,
Pada diri aku ini,
Disetiap sudut berdiri.

1 ulasan:

Mehmed - berkata...

Aku menggambarkan saleyma Abdogan seorang wanita suci..cantik paras rupa dan tinggi akhlaknya..cintanya mampu membawa manusia ke syurga..love n peace-