- S A H A B A T -

Ahad, 13 Ogos 2017

Proses | w


Yang menampung tidurmu.

Lena. Malam yang tak bermimpi. Tiada mainan dalam jutanya sepi. Tiada warna. Melemah. Kau bawah sedar, walaupun sesekali mimpimu berulang, bercerita, bersambung esoknya hari. Bermaksud?

Benarkan ia membawamu jauh melayang ke bintang, yang sebenarnya kau hilang. Berfantasi. Dan kadang kau hanya disisi, pijak dibumi menjadi dirimu sendiri. Hanya memandang. Hanya. Kau sedar?

Ada saat kau merindu, wajah-wajah manis yang kau tahu. Muncul lah! Mengharap tika lenamu pejamkan mata. Terasa yang kau sering rasa dahulu, ahh! Lamanya.

Diapung, terapung...Puas? Sayang, ini hanyalah Maya.


Notha: Mimpi sebenarnya bila kau sedar. Powerkan? Mekasih.

Tiada ulasan: