Disaat wang itu bernilai amat, bagi kau setiap sen perlu dijimat. Kau perlu mengikat perut. Cubalah melolos dari nafsu untuk kau miliki barang jenama mahal. Hiasan dari atas ke bawah. Usahlah, wang itu hanya keperluan di rumah. Rumah kecil itu.
Fikiran harus tetap begitu. Kau setkan selalu, hanya untuk Omak. Cukupkan dia. Wahai anak, kau menabunglah dengan emas untuk 'Emas'. Dan inilah Ramadhan.
Notha: Selamat ulang tahun Omak yang ke-71. Semoga Omak dipanjangkan umur dan dirahmati tuhan. Dan harga emas sudah melebihi Usd$ 1,600 untuk satu aun. Ahaks!
- S A H A B A T -
Selasa, 2 Ogos 2011
Rabu, 27 Julai 2011
Proses | Lampau
Kau telah mencintai dia lebih dari segala. Kau telah larut dalam cintanya. Terlanjur sudah. Sehingga hati sudah mula lupa mana datangnya rasa itu. Siapa yang telah memberinya padamu? Kau hanyut membelai jiwa.
Akal memikirkan nya. Hati bermain kata curiga. Berbisik-bisik. Kerana api itu mahu kau terus lalai dengan permainan cinta. Benar, cinta pada manusia. Totalnya kau berubah. Terlalu pantas. Kau yang dulu hilang, lenyap dimakan pemanah cinta.
Mari. Ayuh diubati sebelum semuanya mati. Dibangkit pula tiada erti. Celaka lagi. Itu yang kau nikmati. Lelah berendam rasa. Alpa menujah sifat manusia. Ya,itu kau yang baru. Pulanglah sederhana. Cinta tak harus terlampau. Kau manusia pelampau.
Notha: Maaf, ini bukan blog jiwang. Ahaks!
Akal memikirkan nya. Hati bermain kata curiga. Berbisik-bisik. Kerana api itu mahu kau terus lalai dengan permainan cinta. Benar, cinta pada manusia. Totalnya kau berubah. Terlalu pantas. Kau yang dulu hilang, lenyap dimakan pemanah cinta.
Mari. Ayuh diubati sebelum semuanya mati. Dibangkit pula tiada erti. Celaka lagi. Itu yang kau nikmati. Lelah berendam rasa. Alpa menujah sifat manusia. Ya,itu kau yang baru. Pulanglah sederhana. Cinta tak harus terlampau. Kau manusia pelampau.
Notha: Maaf, ini bukan blog jiwang. Ahaks!
Isnin, 25 Julai 2011
Fakta | Keempat
- Bahagian tengah matahari mempunyai ketumpatan lebih beratus-ratus kali air dan suhu yang mencecah 10-20 juta darjat celsius.
- Sebiji telur kasuari bersamaan dengan sebelas biji telur dadar yang di buat daripada telur ayam.
- Masyarakat Mesir purba akan mencukur bulu kening mereka tanda berkabung atas kematian kucing mereka.
- Rasa sebiji epal, bawang dan ubi kentang sebenarnya hampir sama. Perbezaan rasa adalah disebabkan oleh bau buah. Buktinya, cuba picit hidung anda dan gigit sedikit daripada setiap buah tersebut. Rasanya pasti manis.
![]() |
| Cakerawala |
- Sehingga akhir tahun 1820, ahli-ahli astronomi ketika itu percaya cakerawala ini berusia 6,000 tahun. Kini ia dianggarkan berusia antara 15 hingga 20 bilion tahun.
- Sekalipun sering dikaitkan dengan Scotland, sebenarnya bagpipes adalah alat muzik purba yang diperkenalkan oleh bangsa Roman.
- Pada kadar 188 desibel, suara seperti bunyi wisel yang dihasilkan oleh ikan paus biru dianggap bunyi paling kuat dihasilkan oleh haiwan.
- Seekor burung helang boleh membunuh anak rusa dan membawanya terbang.
- Suatu kejadian gempa bumi pada 16 Disember 1811 telah menyebabkan arus Sungai Mississippi mengalir ke belakang.
- Lebih AS$360 juta dibelanjakan oleh penduduk Amerika untuk mengelak nafas berbau pada tahun 1982.
- Organisasi bogel pertama Amerika diasaskan oleh tiga orang lelaki pada tahun 1929.
- Pada kurun ke-6 Masihi, seorang penggubal perundangan Athen bernama Solon telah meluluskan suatu undang-undang yang membenarkan pihak bapa menjual anak-anak perempuan mereka yang berzina sebagai hamba abdi.
Khamis, 21 Julai 2011
Proses | Paut
Bila sang kekasih terlalu kasih kepadamu, binalah ruang untuk kamu bernafas seketika. Dan, ciptakan perpisahan sementara. Untuk kamu tahu adakah cinta itu datang dari tuhanmu atau hanya nafsu semata.
Notha: Jika cinta dan rasa bersatu, berpautlah pada sesuatu.
Notha: Jika cinta dan rasa bersatu, berpautlah pada sesuatu.
Langgan:
Catatan (Atom)


