Bila suria bersinar,
Bagi aku cukuplah,
Kerana saat kau melihatku,
Kuatnya cahayamu.
Terang malam damai rasa,
Aku insan sengsara,
Menambat hati ini, dukalara,
Cinta ini cintamu suria.
Masa tak kurasa,
Malam bagai tiada,
Menantimu cahaya indah,
Pesona mata lupa dunia.
Oh aku terlupa,
Aku resah bermain rasa,
Cinta ini membuta,
Matahari mengoda meratah jiwa,
Seharus aku biar kau begitu,
Kerana cahayamu bukan untuk aku.
5 ulasan:
tak ada sedetik pun Tuhan lupa berikan kita nikmat kan?
cinta ke cerita alam ?
nikmat kekal ;') sekali baca macam cerita pasal alam..tapi cerita cinta pun ada selit skali ahaks..
Terang malam damai rasa,
Aku insan sengsara,
Menambat hati ini, dukalara,
Cinta ini cintamu suria.
suka ayat ni :)
aku pun suka ahaks..kita sama2 jiwang dikk.. ha hah
Catat Ulasan