Tuliskan sesuatu pada kertas putih ini. Tulislah! Coretkan kata-kata yang jelas tentang damai dan bebas. Mereka tidak perlukan simpati kamu, hanya mahu kamu bersama dan mendengar cerita tentang udara yang dihirup. Kemarahan yang keluar dari hela nafas. Kesedihan. Yang kadang kencang dan kekadang sumbang. Suara mereka tersekat. Nada tiada gema. Kerana belenggu yang terlalu panjang, berat dan lama, terjerat di bumi sendiri. Tanah itu milik orang, bukan lagi milik tuhan.
Hai anak yahudi yang baru, juga anak-anak Arab Israel. Sudah! lontar dan campaklah botol itu, ke dalam laut yang memisah. Terpisah. Yang didalamnya ada tulisan arab dan hebrew yang kamu luah, dan bangga. Biar masa mengambil alih kerja-kerjamu. Biar anak di tanah yang dijanji itu tahu, kamu juga merindu.
Notha : Mari kongsi rasa, jom anak-anak Malaysia!
Ya, aku poyo. Ahaks!
- S A H A B A T -
Selasa, 28 Jun 2011
Proses | Barah
Jumaat, 24 Jun 2011
Proses | Nikmat
Bila aku tersangat lapar dan mahu bersegera, aku mahu campurkan beberapa gram serbuk koko didalam sebilang gram gandum kering. Biar mereka bergaul bersama. Di kacau melawan jam, perlahan dan sebati. Dalam ruang lengkong yang aku sedia. Tersedia, hanya untuk mainan dimulut, juga penahan di perut.
Bila aku terlalu malas, begitulah aku. Melakukan sesuatu kerja malas sesuai dengan tahap bermalasan aku. Di suasana dapur yang berkeluasan 10 kali 10 kaki, tidak selesa tetapi boleh membuat fikiran tidak terfikirkan benda.
Begitu juga tulisan ini, terlalu mahu di papar. Untuk mengejar apa? Atau dikejar? Cacatan yang tak meninggalkan kesan di hati. Tidak juga sedikit ilmu untuk di kongsi. Tiada dalam contengan kali ini.
Perlu aku minta maaf? Oh, mungkin lain kali.
Notha: malas nak letak gambar. Ahaks!
Bila aku terlalu malas, begitulah aku. Melakukan sesuatu kerja malas sesuai dengan tahap bermalasan aku. Di suasana dapur yang berkeluasan 10 kali 10 kaki, tidak selesa tetapi boleh membuat fikiran tidak terfikirkan benda.
Begitu juga tulisan ini, terlalu mahu di papar. Untuk mengejar apa? Atau dikejar? Cacatan yang tak meninggalkan kesan di hati. Tidak juga sedikit ilmu untuk di kongsi. Tiada dalam contengan kali ini.
Perlu aku minta maaf? Oh, mungkin lain kali.
Notha: malas nak letak gambar. Ahaks!
Rabu, 22 Jun 2011
Fakta | Ketiga
- Di zaman Rom purba, orang yang hidungnya bengkok dianggap bakal pemimpin.
- Kerana pengaruh putaran bumi, jika kita melempar sesuatu ke arah barat, lemparan kita akan melebihi arah timur.
- Sirius adalah bintang yang paling terang di alam semesta. Tahap kecerahannya 26 kali ganda lebih terang berbanding matahari.
- Badak mempunyai kulit setebal 3.81 sentimeter sehinggakan peluru besi pun tidak mampu menembusinya.
- Condom (kondom) dinamakan sempena nama Dr. Charles Condom.
- Sebenarnya, mata manusia melihat semua benda dari atas ke bawah. Tetapi otak yang membetulkan pandangan manusia.
- Otak manusia sangat kompleks, sehinggakan sesiapa yang ingin memprogramkan komputer untuk menyamai otak manusia perlu membelanjakan wang lebih AS$8 bilion.
- Ikan emas adalah satu-satunya binatang yang boleh melihat di dalam cahaya inframerah dan cahaya ultra violet.
- Purata, seorang wanita menggunakan lipstik sebanyak tiga kilogram sepanjang hayatnya.
- Dua orang ahli kumpulan The Beatles, Paul McCartney bermain gitar bass dengan tangan kidal. Ringo starr bermain dram juga dengan tangan kidal.
- Rata-rata manusia bergerak 40 kali ketika tidur.
- Di Malaysia, setiap 17 minit akan lahir seorang anak luar nikah. Sebulan ? Setahun ? Ah, malas mahu kira. Jawapannya, ramai.
Notha: Kita bertutur sebanyak 31,500 patah perkataan sehari. Ok, sekarang mari kita diam. Memang pun. Ahaks!
Langgan:
Catatan (Atom)


