- S A H A B A T -

Sabtu, 30 April 2011

Fotosintesis | Proses Encik

Semuanya bermula dari kandungan. Sehinggalah aku dilahirkan, emak seakan tidak mampu menerima hakikat bahawa aku seorang lelaki dan bukannya perempuan sebagaimana yang diidamkannya.

Tak hairanlah, tiap kali pergi membeli baju, emak akan membeli dua pasang baju. Satu lelaki dan satu lagi perempuan. Katanya, yang baju perempuan akan diberikan kepada saudaranya yang mempunyai anak perempuan.

Layanan mak terhadap aku, sama seperti anak perempuan. Aku dipakaikan celak malah dibelikan rantai dan gelang tangan emas. Bukan itu saja, ketika berumur 9 tahun, aku disuruh membantu emak didapur. Menolongnya memasak dan menyediakan sarapan. Tak hairan jugalah kalau disekolah, kawan-kawan aku semuanya perempuan.

Sehinggalah aku tingkatan 4 , perubahan pada diri aku membuatkan ayah yang telah bercerai dengan emak merasa risau. Aku dihantar ke sekolah vokasional berasrama dengan harapan aku akan berubah. Tapi aku sendiri tidak tahan apabila sering diusik kawan2 yang nakal. Akhirnya aku menyewa rumah yang berdekatan dengan sekolah.

Tamat persekolahan tingkatan 5, aku mula bekerja disebuah kilang di Pulau Pinang. Ingatkan boleh berubah tapi disebabkan didalam kilang itu ramai kawan2 yang serupa dengan aku, maka makin menjadi-jadilah sifat " keperempuanan " yang sememangnya telah terdidik sejak dari kecil lagi. Dan jangan terperanjat, aku juga mempunyai teman lelaki yang menjadi kekasih hati.

Kami mula berhubungan malah melakukan hubungan sejenis. Keseronokan dibelai, dilayan, dan dimanja membuatkan aku dibuai kelekaan. Malah nafsu aku terus melonjak2. Namun itu hanya seketika. Lelaki itu telah beristeri lalu aku membawa diri ke Kuala Lumpur dan berpindah pula ke Klang. Aku mencuba nasib di kota besar, namun gagal. Tidak ada pihak yang ingin mengambil aku bekerja. Jalan singkat diambil dan akhirnya aku mengambil keputusan untuk melacur!

Seronok dengan kerja2 yang dilakukan, aku mengambil keputusan untuk mengubah status jantina. Aku melakukan pembedahan pertukaran jantina di Thailand. Dengan kos Rm 6000 untuk pembedahan pertukaran jantina ditambah dengan kos membesarkan buah dada sebanyak Rm 4000, aku mula merasakan nikmat kepuasan yang tidak terhingga dalam hidup aku ! Aktiviti pelacuran semakin ligat.


Sehinggalah pada suatu hari, teman lelaki yang pernah berhubungan dengan aku meninggal dunia akibat tibi. Kala itu, tersirap darah ke seluruh tubuh. Rasa gementar mula menerjah. Soalan Mungkar Nakir dan azab kubur yang selama ini tiada langsung dalam kotak fikiran mula terbayang-bayang. Termangu aku seketika. Perasaan apakah yang telah menyusup masuk di dalam tubuh ini?

Dalam diam aku mula mencari ' cahaya ' yang selama ini aku padamkan demi mengejar nafsu yang bergelora. Aku mula belajar membaca al - Quran, solat dan mendengar Cd agama. Aku mula sedar, aku juga akan mati pada bila sampai waktunya. Cuma satu yang tak dapat aku kembalikan, anugerah " kelakian " aku yang telah hilang !

Aku dalam cerita ini adalah Noni ( dah tentu bukan nama sebenar )

( Sumber : Al - Islam )


Nota Kaki : Semua manusia melakukan kesilapan. Tak kira lelaki atau perempuan. Harus mendorong bila mereka mahu berubah. Beri peluang kedua. Dan mungkin juga peluang ketiga kerana iman manusia memang ada pasang surutnya. kan? ahaks...

Rabu, 27 April 2011

Proses | Al - Kupu

Kenyang dan berangin. Santai berduduk di kerusi malas. Aku makin malas. Mengecap nikmat kenyang luar biasa. Sebentar tadi aku, bertambah dan menambah-nambah lauk dan ruji. Aahh ! Kenyang yang songsang. Aku pasti dilaknat.

4 minit dan 17 saat kemudian...

Kenyang dan berangin. Perut ini terkinja-kinja. Angin ini menjolok, meramas dan memulas bersama. Bergelut dengan isi perut. Aku mula berwajah kerut, berkerut. Sudah tidak tahan. Tak perlu perlahan dan bertahan. Melurus aku ke bilik kecil itu. Berlangkah laju sambil berkepit peha.

Dalam kiraan 3... 2... 1... behbruppopprettebbabom !!!

Luahan rasa yang mengagumkan. Ekcelen ( pedulikan kesalahan ejaan aku tu ) Hanya sedang sekali lafaz, perut aku memuntahkan laharnya. Bahaya. Melalui lubang itu (lucah ke? ) Berehat lah aku sambil mencangkung. Ermmm ! penat dengan proses ini. Aku juga penat mahu bercebok.

Air baldi hampir penuh. Walaupun paip itu bercurah perlahan. Eisshh !! terimbas satu lembaga kecil berwarna putih melintang lintas pandangan. Terbang dan beterbangan. Atas dan ke bawah. Wahhh !! kupu-kupu bewarna putih. Aku juga terpesona. Walaupun baru tadi, hati bermain perasan debar bila melihat nya. Takut ada petanda.

Mengapa kupu-kupu itu beterbang sendeng ? Oh mungkin sebelah sayapnya telah rosak terkena air pancutan paip. Mungkin. Aku masih lagi dalam posisi cangkong. Tapi tidak lagi bertarung, perut ini. Bersiap sedia. Tunggu masa saja mahu bangun. Isshh!! si kupu-kupu masih lagi tersasar landasannya. Pedulilah. Aku rimas.

Aku meneka, kau berumur muda si kupu -kupu. Kerana kau bersaiz kecil. Aku sudahpun bersiap. Tapi kau dimana ? Tiba - tiba, aku tersenyum melihat kau telantar. Berkepak - kepak di atas muka air di dalam baldi. Aku menutup air yang keluar dari mulut paip itu, walaupun airnya berskala kecil. Risau kau lemas. Lemas ?

Mana mungkin si kupu boleh lemas di dalam air. Badan kau bersalut bahan unik, dan bahan itu dinamakan sebagai...( entah, aku pun tak pernah tahu ) ciptaan tuhan. Yang boleh bikin kau terapung. Sekarang kau masih terapung, aku terpaksa mengangkatmu di atas telapak tangan. Kau ditiup-tiup. Dengan nafas aku yang hangat.agar sayapmu cepat mengering. Dan selepas itu kau boleh pulang dengan bebas. Kau bintang yang tak bertuan.


Mahukah kau bertuankan aku ! Pasti aku ajar kau si kupu-kupu, cara bagaimana untuk terbang didalam bilik kecil ini.


Kisah Binatang Kecil Dan Bilik X



Notha : Maaf jika tulisan ini agak kotor. Aku tak perasan, aku bertaip secara auto. Mungkin bahana rokok balut berperisa blueberry itu. Aku terkhayal. Ahakss !

Isnin, 25 April 2011

Jiwalogy | Berbuta

Bila suria bersinar,
Bagi aku cukuplah,
Kerana saat kau melihatku,
Kuatnya cahayamu.

Terang malam damai rasa,
Aku insan sengsara,
Menambat hati ini, dukalara,
Cinta ini cintamu suria.

Masa tak kurasa,
Malam bagai tiada,
Menantimu cahaya indah,
Pesona mata lupa dunia.
Oh aku terlupa,
Aku resah bermain rasa,
Cinta ini membuta,
Matahari mengoda meratah jiwa,

Seharus aku biar kau begitu,
Kerana cahayamu bukan untuk aku.

Jumaat, 22 April 2011

Fotosintesis | Proses Biru

Tangan ini berasa gatal. Kata orang, tanda wang mahu bersua. Entah, aku pun tak tahu. Yang aku tahu, aku cuma mahu bertaip. Mahu persembah satu cerita bertajuk Proses Al-Kupu bersama kamu. Berkongsi didalam ruang kecil ini.

Bermula, suisnya dihidupkan. Punat-punatnya ditekan. Sudah...skrinnya bergambar biru. Yes, aku berjaya.

2 minit...4 minit...6 minit...8 minit...10 minit...12 minit ( bersifir 2 )
Ah celaka. Proses berinternet yang tersekat - sekat. Semacam cakera padat tiruan yang bercalar, didalam pemain Dvd berjenama mahal. Bosan yang memenatkan jiwa.

Kenapa jadi begini. Aku merasa down ( jatuh ). Setelah mencuba berulang-ulang kali, hampa. Sabar ini pun sudah pergi. Hanya baran dan geram bergomol didalam hati. Cisss !

Kenapa kau ( jalur lebar ) bersetongkol dengan dia ( satelit Measat ) mahu menjatuhkan aku. Aku bukan siapa -siapa. Aku ditikam dari depan.
Kamu berdua mengkhianati kepercayaan aku selama ini. Jahanam.


Nota : Aku ingatkan manusia Serbia saja yang kejam, rupanya jalur lebar pun begitu.Begitu bodoh aku menafsir. Hah hah...