- S A H A B A T -

Jumaat, 25 Ogos 2017

Proses | Yayang

Cinta , bukan bawaan angin. Ia mudah bersarang dari mata yang mandang. Pesonanya, personalnya. Ah mungkin juga apa yang nikmat kau sentuh. Lalu meresap ke dalam, membelah dan membelai jiwa.

1. Melurut perlahan mencongak masa.
2. Sekelip dipanah tanpa hisab.
    Dan kau yang mana?

Apapun kaedahnya, cinta ini sejenis rasa yang manusia lain tak kan ngerti, sendiri-sendiri. Paras gilanya pula perlu kau pulangkan pada apa yang bermain di akal, dek hati. Sukar disimpulkan, sangat sesuatu.

Beza-beza. Semacam jualan kasut di market. Saiz 7 yang selalunya laris dan saiz lainnya kau anggap unik. Eh! Agak tersasar disitu. Kasut cinta, cinta ke kasut. Goblok!





Notha : Gila bab1? Haa kau lah siapa lagi. Ahaks!



Isnin, 14 Ogos 2017

Proses | X


 W+X

Sesuatu yang indah pernah singgah didalam sebuah bekas rasa. Walau hayatnya tak lama, namun kesan yang tertinggal berbekas. Degil. Liat mahu pergi.

Sekejap itulah yang akan aku pegang, sampai hujung masa.

Kamu x. Dalam nyata kau sifar. Dalam tak sedar kau berganda, dua atau tiga.

Mimpi.


Notha: Hidup cinta mati syurga. Eheh!

Ahad, 13 Ogos 2017

Proses | w


Yang menampung tidurmu.

Lena. Malam yang tak bermimpi. Tiada mainan dalam jutanya sepi. Tiada warna. Melemah. Kau bawah sedar, walaupun sesekali mimpimu berulang, bercerita, bersambung esoknya hari. Bermaksud?

Benarkan ia membawamu jauh melayang ke bintang, yang sebenarnya kau hilang. Berfantasi. Dan kadang kau hanya disisi, pijak dibumi menjadi dirimu sendiri. Hanya memandang. Hanya. Kau sedar?

Ada saat kau merindu, wajah-wajah manis yang kau tahu. Muncul lah! Mengharap tika lenamu pejamkan mata. Terasa yang kau sering rasa dahulu, ahh! Lamanya.

Diapung, terapung...Puas? Sayang, ini hanyalah Maya.


Notha: Mimpi sebenarnya bila kau sedar. Powerkan? Mekasih.