- S A H A B A T -

Khamis, 9 November 2017

Proses | Anonymous -B


Tersisa segalanya, tanpa arah. Bualan hari itu menjadi kosong dan tawar. Umpama malam tak berteman bulan, bintang juta trilion.

Kesalnya.

Makin sepi tatkala semuanya mahu berlari meninggalkan hari, juga hati yang makin jatuh. Canggong, harap masih ada sisa kata sebelum aku pergi lagi. Dan levitasi...




Selasa, 19 September 2017

Proses | Anonymous

Tari ikut tempo.

Pernah dulu dia lakar dan coretkan tangis-tawa, apa yang dia rasa dan yang dia mahu tuliskan, dalam bahasaku. Yang dia sendiri payah fahamkan aku. Dia, pasti itulah caranya memuntah, membogel rasa akal dan jiwa. Ada juga dia dustakan, mereka kisah-kisah hidup yang dulunya turut berlegar diangkasaraya.

Lihat dari atas atau bawah.

Jika kau memandang, cuba kau selami sifatnya. Bagaimana dia mula berjalan? Langkah-langkah sepi juga wajah kenakalanya, barulah kau tahu mengapa dia terus hidup. Masih menyantuni oksigen yang terhidang. Sedang kau itu tidak lebih hanya bayang-bayang dijerat masa lalu, sedang dia pelupa hitam yang silam. Tapi aku, kadang mahu ia hadir... kadang juga aku mahu merindu.








Notha: Aku cuma mahu kahwin. Tiba-tiba. Ahaks!

Selasa, 5 September 2017

Proses | Zereki

Menangguk rezeki.

Modal yang licin untuk membayar tanggung yang sukar. Tiada dolar, kau mula cemas. Sedang tiap padanya sudah dijanjikan tuhan. Hanya usaha, usaha, usaha. Dan tawakal dan doa, dan kau lupa.

Sudah berapa kali aku tolong ingat kan. Semenjak kau keras dengan haluanmu. Mereka menyangka pada tanganmu itu kukuh. Bengkang-bengkok jalanmu sebenarnya mencari nilai-nilai dikocek. Bocor, lobos, boros. Susahkan kau?

Wahai diri yang kepunyaan Dia, mutlak. Berlagu layulah pada tuan dan jangan sekali kau hampa. Bukan hamba patut kau ampu, hak sebenar-benarnya dia. Antara kau dan dia. Dan kau dan dia. Kau coba.




Notha: Bacaan khas untuk diri. Kau bacalah juga. Ok?

Jumaat, 25 Ogos 2017

Proses | Yayang

Cinta , bukan bawaan angin. Ia mudah bersarang dari mata yang mandang. Pesonanya, personalnya. Ah mungkin juga apa yang nikmat kau sentuh. Lalu meresap ke dalam, membelah dan membelai jiwa.

1. Melurut perlahan mencongak masa.
2. Sekelip dipanah tanpa hisab.
    Dan kau yang mana?

Apapun kaedahnya, cinta ini sejenis rasa yang manusia lain tak kan ngerti, sendiri-sendiri. Paras gilanya pula perlu kau pulangkan pada apa yang bermain di akal, dek hati. Sukar disimpulkan, sangat sesuatu.

Beza-beza. Semacam jualan kasut di market. Saiz 7 yang selalunya laris dan saiz lainnya kau anggap unik. Eh! Agak tersasar disitu. Kasut cinta, cinta ke kasut. Goblok!





Notha : Gila bab1? Haa kau lah siapa lagi. Ahaks!