- S A H A B A T -

Isnin, 28 Mac 2011

Jiwalogy | Bukan Sastera

Kau mengajakku bercerita,
Bercerita tentang dunia,
Meneroka alam jadian,
Yang dulu tinggal khayalan.

Kau memanggilku keluar,
Keluar mencari penawar,
Yang dalamnya ada bahasa,
Membalut luka sengsara.

Aku dipimpinmu kedasarnya,
Membongkar segala rahsia,
Rantai rangkai maksudnya,
Tidak diancam tidak dihina.

Ku dibisikkan suara gema,
Lunak menggegar jiwa,
Gentarku mendengarnya,
Kau tahu aku tercela.

Hatiku berkata bertanya,
Mana mungkin bagaimana,
Corong lorongkan bersatu,
Ada tertulis hikmahnya jawabmu.

Dan benar kita punya pilihan,
Berkasihan yang berangkaian,
Tolonglah aku tuhan,
Tak mahu tersesat jalan.

                                           
j.a.l.a.n   m.a.n.a   h.a.r.u.s   a.k.u   p.i.l.i.h !!!

Jiwalogy | Kontra

Cukup ku butakan mata,
Atas apa yang kau laku,
Jangan bezakan antaranya,
Kau tahu pegangnya sama.

Apa mereka lihat,
Hanya kekesalan semalam,
Yang tak mahu terulang,
Tak kau diberi peluang.

Kata mu itu takdir,
Walau titis mengalir,
Titis darah mencair.                               
Aku melihat kau gelincir.

Kau akan terus,
Terus serta menerus,
Terjatuh dan tercicir,
Terabak nama terukir,
Besar tawanya si mungkir,

Bingkas bangunlah,
Tunjukkan jari hantumu,
Siap kemaskan kekudamu,
Khabarkan kau berdaya,
Sebarkan cinta bermaya.



    

Jiwalogy | Gelandangan

Menjelang suria muncul,
Waktu hari baru semula,
Disudut satu jalanan,
Terjadi atas pengalaman.

Si muda tertawa hilai,
Mana entah datang punca,
Terbangkit si tua dari kamarnya,
Tercalar mimpi-mimpinya.

Si tua bangun dari kejadian,
Mencapai mana empunya,
Tongkat masih setia disisi,
Sahabat jalan tunjangnya.

Hadir si tua bagai angin lalu,
Wujudnya bagai tiada,
Berjuang untuk keseberang,
Walau tiada kuasa, terpaksa.

Langkah demi langkah membawamu,
Hitung masa cepat berlalu,
Terseret berlanggar tersipu,
Akhir kau sampai ke situ.

Disana kau bahagia, Disini laman kamarmu, Kelmarin disinilah lenamu,
Oh si tua, Laman kamarmu indah menanti, datangnya bersama mimpi-mimpi..

Khamis, 24 Mac 2011

Jiwalogy | Obamarika

Dunia menjadi gempar,
Tajuk muka yang terpapar,
Permusuhan terus dilamar,
Harmoni maya mencemar.

Tangan kau menjadi mandat,
Hidup mereka sarat melarat,
Nafas semua kau angkat,
Dendam proksi pasti terubat.

P.e.r.a.n.g !!!
Serang dan berperanglah,
Biar salah bermasalah,
Biar hancur kota neraca,
Selebar kehidupan tiada.

Oh, Obamarika,
Waktu ini pasti tiba,
Kau akan tahu harganya,
Damai dan sekeping jiwa,
Nilai sebuah amerika.

Lihatlah pada tangisan,
Runtuhan yang kau lukiskan,
Fikir alasan untuk balasan,
Cukuplah jangan kau kelabu,
Tolong simpankan telunjukmu.


Libya terus dibedil. Kata Obama, Amerika dan sekutunya hanya buat serangan pada kem berkaitan tentera yang taat pada Gaddafi. Tapi kenapa kanak-kanak, wanita, ulama yang tak bersalah dan tak ada kena mengena terima akibat yang serupa. Mungkin mereka ini tentera Gaddafi..aahhh semua karut..Hakikatnya Minyak Untuk Amerika.
!!!! K.I.A.T ( baca terbalik )

Selasa, 22 Mac 2011

Proses | Panadol

Hari ni dah masuk 2 hari aku sakit kepala. Dan hari ni pun lebih kurang sama tapi perkataannya yang diterbalikkan, maknanya hari ni aku kepala sakit. Betul-betul sakit. Rasa nak pecah pun ada. Mungkin masa cuti hari tu aku terlebih tidur hehehe biasalah " I Luv Tdo " Ataupun asyik sangat mengadap komputer agaknya.

Apa yang baik nya  pasal sakit kepala ni ? Aku akan kurang menagih rokok. Maka kurang sikitlah nikotin yang masuk dalam saluran pernafasan ni. Ada benda lain yang akan terpalit sama bila aku dalam Proses Panadol ; aku akan kurang bercakap dan mem "brutal" kan muka secara semulajadi. Antara kebaikan nya , aku juga akan kurang buat lawak sambil menyakitkan manusia lain.

Kurang bercakap masa cuti rehat memang tak ada masalah bagi aku. Tapi kalau aku bekerja aku kena bercakap lebih dari biasa. Minta-mintalah bila aku mula bekerja nanti kepala ni tak sakit ataupun sakit kepala. sebab kerja aku untuk melayan dan berkhidmat pada manusia-manusia yang sedang kelaparan. Laparkan daging merah yang berempah serta dibakar dan bergomol bersama tomato, bawang dan ketumbar. Diisikan diatas roti dan pita yang dibakar bersulam sos cili lada hitam...ermmm Terbaek " The Best Kebab In Town "

Berbalik pada kisah proses panadol ni, apa perlu aku buat bila kepala ni tetap juga sakit ? Samada aku kena banyak bersabar dengan mereka yang mencari makanan tengahari, kuntumkan senyuman yang manis atau kurang bercakap dengan manusia-manusia itu. Semua itu perlu aku lakukan mengikut kesesuaian keadaan dan masa ia berlaku. Kerana ada masa aku terlalu sibuk untuk melayan. Tetapi mereka juga manusia terbaik kerana banyak bersabar dan mereka harus dipuji dengan sikap itu.

Orang kata kalau nak cepat hilangkan sakit kepala makan lah panadol dan ubat yang sewaktu dengannya. Memang betul. 2 biji dah cukup. kalau sakit lagi tambah lagi 2 biji dan sampai maksimum 8 biji..Gilaaa...Yang sebenar-benarnya macam ni, gunakan panadol sebagai alat dan yang menyembuhkan sakit kepala tadi ialah Tuhan. Yang Maha Penyembuh. Buat dengan yakin dan tawakal insyaAllah dengan izinNya. Aku kena lah usaha sikit kalau nak cepat sembuh. Berusaha dan bertawakal satu kolaborasi terbaik. Bukan untuk sakit kepala saja tapi untuk semua benda yang aku sedang buat dan akan aku buat.

Isnin, 21 Mac 2011

Jiwalogy | Jalan Sempurna



Terkunci aku begini ,
Ranjau duri ku tempuhi ,
Kedamaian yang aku impi ,
Belum lagi ku temui .

Masihkah ku disini ,
Bertemankan sengsara ,
Bahagia yang diberi ,
Masih belum aku sedari .


Belenggu disini begini ,
Menanti yang tak pasti ,
Apakah dihadapan ,
Ada sebuah harapan .


Tuhan..hanya kupinta ,
Terbuka seluruh jalan ,
Damaikan aku hampiri ,
Demi jalan yang sempurna .

Jiwalogy | Saleyma Abdogan

Saleyma Abdogan
Suatu pagi terindah,
Tertulis satu madah,
Tentang hubungan kita,
cintanya seorang hamba.

Wajahnya yang berseri,
Riangkan hati sepi,
Senyumnya bak suria,
Hilangkan rasa duka.

Kau banyak mengajar diri,
Agar dapatku berdiri,
Biarkan aku fahami,
Maksud cinta hakiki.

Dia jua penunjuk jalan,
Bimbingku mengenal tuhan,
Yang selama ku disini,
Masih kurang aku amati.

Kau yang aku kasihi,
Kau yang beri erti,
Pada diri aku ini,
Disetiap sudut berdiri.

Proses | Percubaan


Salam..Inilah satu percubaan. Sebagai manusia yang baru nak bermula. Bagus atau tak, aku tak perlu kisah. Inilah satu percubaan. Ulasan, tulisan, puisi atau segala isi kandungan blog ini adalah dari pendapat aku sendiri..Peribadi..Dari apa yang aku pandang, yang aku rasa ataupun dari apa yg aku baca, bukan ilmiah tapi kadang-kadang bermain dengan emosi.

Kenapa aku perlu sangat buat blog ini? Supaya aku dapat berkongsi dengan cepat dengan orang lain dan dapat belajar sesuatu dari sini. Inilah satu percubaan dari aku. Belajar sesuatu yang baru, buat aku sikit teruja. Walaupun isinya tak seberapa, aku suka buat apa yang aku suka.

Awas !!! Tulisan pada blog ini terkadang membuat manusia ; rasa memualkan, memalukan, menyampah, mengarut, menyumpah, mengada-ngada, menakutkan, meninsafkan dan membosankan. Terimalah seadanya kerana blog Jiwalogy ini tercipta atas satu percubaan manusia seperti aku. ;')-